Friday 13 January 2012

Masanya akan tiba.



Bismillah. 


Pening. Pusing. 


ingat nak buat tajuk entry lain lepas balik Zero to Hero ni. tp kerana banyaaaaakkk sangat yg bertanya, aku jadi pening. kerana semua soalan itu memang tiada jawapan. 





"nurul, bila nak bina masjid?" 


"hairi, bila nak bawa teman yang halal ke vacation?" 
*fuh, ayat power, tersentak dengar. kalau waktu tu tengah minum air, mau tersembur air keluar dari mulut. mungkin sebab asyik pergi sorang2 ke setiap vacation dan event jauh2, tu yang diaorg tanya tu. haihh.. *


Dari seorang ke seorang. dari kawan rapat, kawan kurang rapat, upline, upupline, sideline, crossline, downline, mak sedara, sepupu, bla..bla.. bla.. 


dari hari ke hari. ada aja yg bertanya. kalu main-main, takpalah, tapi ada antara mereka bertanya dengan nada dan mimik muka yang serius. apabila soalan dikemukakan, mereka menumpukan sepenuh perhatian untuk mendengar setiap satu jawapan yang dilontarkan keluar dari bibirku. Sah, mereka Serius! 


tapi macammana pun, semua soalan tu memang tiada jawapan. hendak digali banyak mana pun, takkan bertemu titik noktahnya. 


ada yang marah, bila aku berikan jawapan yang bersahaja. ada yg tak setuju, bila aku kata "takpa, insyaAllah adalah tu.".


"hairi kena plan. hairi kena set date. hairi kena start cari dari sekarang. hairi kena ni.... hairi kena tu... hairi kena..." 


ok, guys. Please stop. Penat dengar. 


Pernikahan ni sesuatu yg serius. Bukan aku tak fikir. Aku fikir. tapi tak perlu untuk diberitahu dan war-war kan satu dunia jika belum benar-benar pasti apatah lagi kalau memang tiada. buat apa nak tipu2 cakap ada, just utk sedapkan telinga antunna? 


Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berusia 4bulan dalam kandungan Ibu - Ustaz Azhar Idrus




“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.


No comments:

Post a Comment