Sunday 16 February 2014

Persiapan Menyambut Anak Pertama : PART 1


Bismillah.

Waktu nak start beli barang2 baby, memang aku rasa super excited.  Sebab tak sangka dah nak jadi mak orang oi !  Ramai kawan2 yang dah selamat bersalin, aku tanyakan tentang apa yang patut disediakan.  Al-maklum lah, anak pertama kan.  Takda pengalaman, jadi kita gunakan pengalaman orang2 yang dah lalui zaman bersalin ni.  Tapiii, macam2 pendapat dan list yang mereka beri sampai kadang2 aku jadi confuse. Hahah. Dan ofkos, aku tanya pada mak dan mak mentua.  Tapi mak pun macam ingat2 lupa sebab dah lama tinggalkan zaman mengandung.  Jadinya, aku decide untuk buat research sendiri. Apa lagi, tanya yang paling arif lah  iaitu En. Google.

Lepas di buat research, rupanya ada banyak sangat list yang perlu di prepare! *phewww

Pada minggu ke 26 pregnancy, kami start nak beli barang2 baby.  Sebelum pergi beli barang baby, kami pergi dating kejap. *sempat lagi* hahah.  Makan2 di Kenny Rogers Roasters.

*muka pada 26 weeks. Pucat nye. Hehe*


Kami pergi ke kedai Manjaku di Bangi untuk beli barang baby atas suggestion rakan kami. Tapi bila kami masuk ke sana, takda orang yang serve kami.  Terkial-kial aku dan abang nak pilih barang. -__-" Ada tanya soalan kat sales girl kat situ, tapi macam tak di ambil endah.. Terutama bila aku nak beli pampers newborn mamy poko, aku tanya orang kat situ. Diaorg kata dah habis. Bila aku cek2, ada je jual. +_+ Mungkin ramai orang kut yang datang. Think positive je laa. Tapi, aku dan abang decide nak beli barang kat tempat lain lepas ni. Heheh.

Okk, ni adalah hasil tangkapan kami untuk 1st part pembelian barang2 baby.

Comel tak? sikit je yg kami beli, tapi itu pun memakan masa lebih dari sejam.  Nampak sikit ni, tapi total harga RM300!!  


Can't wait to see our first baby. Moga Allah permudahkan proses bersalin dan memberi kesihatan kepada kami.. Aminn.. Tak sabar nak berpantang dengan Herbalife products. Heheh. 


Kbai. 




No comments:

Post a Comment