Friday 24 August 2012

Raya 2012 : Pemergian yang abadi..


Bismillah.

Kematian itu pasti..

Tarikh : 19 Ogos 2012
Waktu disahkan kematian: Around pukul 8pm
Nama : Mah bt Soud
Tempat : Bagan Serai, Perak
Waktu dikebumikan : 11am (20 Ogos 2012)

Pak imam menyebut Mah bt Puteh (di binti kan dgn nama si Ibu) ketika mentalkinkan jenazah. Raya pertama, Tok telah pergi meninggalkan dunia..  *Al-Fatihah*

................................

Pada Hari Raya Pertama, Tok pergi menghadap ILAHI.....    *nangis*
Bayangkan raya yang pertama, supposedly meriah dengan tawa. Tapi ia bertukar menjadi hiba. 

Before this, Tok sihat je. Cuma sakit sikit2. Tok tak sihat baru beberapa hari. Tapi malam tu, Tok pengsan. Doktor datang ke rumah untuk cek nadi, dll. Masa Dr masuk dalam rumah, suma orang macam pelik.

 "betul ke dia Dr?" 

sebab dia pakai baju bola pasukan Barcelona. -__-" tengah2 sedih, bila nampak baju Barcelona aku jd excited sikit. sikittt je. bukan sebab aku suka Barcelona, tapi sebab Barcelona pasukan yg di taja oleh Herbalife. pokoknya, sebab Herbalife. -_- apela aku ni.

Lepas dia keluarkan stethoscope, yang macam kat dalam gambar bawah ni, baru aku caye dia Dr.

  

Aku lupa sekarang tengah raya, patut pun Dr tu pakai kasual je. malam plak tu kan. Bila Dr cek, suma mata tertumpu kat Dr. takda satu bunyi kedengaran. berdebar. badan kaku. 

Then, Dr kata, "Emm, macammana nak cakap.. bersabarlah semua. Dia dah takda" 

Habis je ayat Dr, Mak Lang terus rebah. Emak angkat al-Quran tutup muka, the tears burst. Saat tu, aku rasakan ada satu batu besar yang hempuk dada aku. SAKIT DADA. PILU.

Tok dah takda, ya Allah.. :'(

Semua orang tak bergerak untuk beberapa minit. Tangisan kedengaran di setiap penjuru..

Berita kematian yang kami terima pada Hari Raya...

Tapi apa pun, Allah tu adil dan Maha Penyayang. Aku rasa bersyukur sebab sempat minta maaf dari Tok di pagi raya, Urut-urutkan badan Tok, kipaskan badan tok bila tok kata dia panas,  dan paling penting, aku dah cakap kat Tok yang aku sayang kan dia, sangat2.... Alhamdulillah, diberi kesempatan.. 

Siapa2, yang masih belum lagi minta maaf dgn semua orang terutama mak bapak, g la minta maaf sekarang. Entah esok lusa, mereka dah tiada. Atau kita sendiri yang akan pergi. G cepat TAU. Jangan tangguh2. Sebab Kematian tu tak dapat ditangguhkan dan tak pula dipercepatkan walau sesaat. 


Raya ke-2, kami menguruskan jenazah Tok.. Masa mandikan dan mengkapankan jenazah, anak2, cucu2, menantu semua menangis. Paling meruntun hati, bila mana kami cium pipi Tok dan lihat Tok utk kali yang terakhir sebelum Tok dibawa ke Tanah Perkuburan.. 

Hari raya kini bertukar menjadi majlis menguruskan jenazah. Sanak saudara berkunjung bukan untuk beraya, tapi kerana kematian.. :'(  

Malamnya, buat tahlil. Rasa macam tak percaya, suma ni berlaku dalam sekelip mata. aku rasa Tok masih ada lagi. Masih teringat2 saat Tok melawak dengan aku. Tok masakkan makanan utk aku. Tok bancuhkan kopi utk aku. Tok senyum pada aku..... :'(

*gambar hiasan. bukan gambar sebenar*

Kematian sememang membawa peringatan kpd mereka yang masih hidup. Kematian itu akan melembutkan hati yang keras, sombong dan bongkak. Walau tinggi darjat, pandai atau kaya macammana pun kita, kita pasti akan ditemukan dengan sesuatu yg dinamakan KEMATIAN. Moga kita semua dijemput oleh malaikat maut yang di hantar oleh Allah dalam keadaan yang paling baik dan bertakwa. Ameen ya Rabb..

Al-Fatihah sekali lagi utk arwah Tok. AL-FATIHAH....









1 comment: