Tuesday 24 May 2011

Extravaganza: A Journey, Shanghai to Bangkok

EXTRAVAGANZA..!
 
Extravaganza dah berlalu hampir 3 minggu. Tapi segala yang berlaku masih segar dalam ingatan. Bagi orang lain, event itu sendiri yang banyak memberi makna dan mempertemukan jawapan WHY kepada mereka. Tapi, lain bagiku..
Perjalanan menuju ke Bangkok dan hari-hari yang di lalui untuk aku menggerakkan hati dan kaki ke sanalah, yang menemukan aku dengan WHY ku..
WHY HERBALIFE, WHY ME, WHY NOW?
I’ve found my WHY… ALHAMDULILLAH…
 Perjalanan dan detik ke Bangkok
Beberapa hari sebelum ke Bangkok, memang tak dapat tidur dengan lena. Terbangun pukul 3 pagi, dan tak dapat nak lelapkan mata semula.  Risau..
Waktu tu, baru aje beberapa hari sampai kat Shanghai.  Jadi, lost contact dengan orang kat Malaysia. Facebook, blog, twitter, semua restricted kat sini. Memang tak tau apa2 detail ttg event tu. Banyak benda yang aku fikirkan..
Hotel kat mana? dekat ke tidak hotel dengan airport? kat airport nanti takda siapa yang akan jemput, Boleh sampai ke aku ni ke hotel tu?
Dan aku sememang rasa tak nak pergi Extravaganza tu. Biar aje tiket flight berharga rm1741 tu burn. Tapi, entahlah kenapa, Allah gerakkan hati ni, supaya berhenti berfikir ttg soalan yang merisaukan tadi..
Alhamdulillah, berjaya bisikkan pada diri sendiri,
“Teruskan hairi,teruskan.. yang lain, biar Allah yang uruskan..”
Ya, memang pergantunganku kepada Allah begitu menggunung waktu itu..
Hanya Allah sahaja yang tahu, tentang segalanya..
Aku, tak pernah ke tempat yang jauh tanpa ada teman. Tak pernah pergi ke Kuala Lumpur seorang diri. Tidak pernah meninggalkan rumah tanpa kebenaran ibubapa.
Tapi pertama kali, buat keputusan yang begitu sukar dalam hidup..  Sepanjang perjalanan, berdoa dan berdoa.. Moga Allah tunjukkan jalan dan jawapan kepadaku.
Adakah HERBALIFE  ini untuk ku..?
Habis aje waktu kerja, aku terus menuju ke airport.  Sampai ke airport, uruskan apa yang patut di sana. Sedihnya, barang Outer Nutrition yang baru aku beli waktu kat Malaysia kena rampas. Sebab, tak boleh bawa cecair.. T.T barang tu dah la mahal. Rasa geram kat security China.. Tapi, ye lah, diaorang buat kerja diaorang aje. Takpalah, sabar Hairi.. Masa ni, dah mula rasa tak sedap hati..
Then, dapat tahu flight delay.. Benda yang paling aku tak suka dan kurang sabar adalah bila ada yang tak  tepati masa dan tepati janji. Takpa, sabar sabar…
Naik aje flight, ingat nak rehat, tapi orang di sebelah tempat duduk, sangat sangat peramah.. T.T         Jadi, tak mungkin lah dapat melelapkan mata.. Takpa, layan aje dia.. Sabar Hairi…
Sampai kat airport Suvarnabhumi, Bangkok terus cari teksi. Alhamdulillah, dapat jumpa teksi. Tapi yang tak bestnya, driver tu tak tahu cakap BI..
Nasib baik, ada buat sikit preparation waktu kat Shanghai. So, driver tu tau kat mana Bangkok Palace Hotel. Alhamdulillah…
Dalam teksi tu, sepanjang perjalanan, aku diam aje.. Sebab, tak tau nak cakap ape. Nak cakap, dia tak faham. Lama perjalanannya. Aku dah start risau, meter harga semakin naik, tapi masih tak sampai-sampai lagi. Di bawanya aku ikut jalan-jalan kecil.
“Ya Tuhan, betul ke tidak pak cik driver ni? Baik ke jahat pak cik ni?”
“Permudahkanlah urusanku, wahai Yang Maha Berkuasa”..
Syukur…  Akhirnya, sampai juga kat Bangkok Palace Hotel ni.. Kesian pak cik tu, aku fikir dia orang jahat. Maaflah pak cik.. terima kasih pak cik, bawa saya sampai ke hotel dengan selamat.. Moga Allah memberkati pak cik.. ^^
Keluar dari teksi..
Ternampak 2 ekor anjing.. MasyaAllah, kenapa lah pula ada anjing kat sini? apa nak buat ni? Sekor anjing ni, aku pandang dia, dia pandang aku. aku jalan laju sikit, dia pun ikut jalan sikit. Aku jalan laju banyak, dia pun ikut jalan laju banyak. 
Aku buka langkah seribu. Nasib baik, ada botol air kat tangan, jadi aku baling kat anjing tu. Alhamdulillah, dia dah tak kejar lagi.. Kasut habis basah lencun, sebab tempat parking tu agak banjir. Jam menunjukkan pukul 3.05am. Tak pernah dibuat, aku duduk kat luar waktu ni, kalu emak tau, mahu aku kena hambat dgn kayu..
Macammana aku nak masuk ke hotel ni? Cuba cari jalan.. Aku ke hulu ke hilir cari pintu masuk yang lain. Sebab anjing tu duduk kat pintu masuk utama..  Oh, Dah jumpa pintu masuk yang lain..! Alhamdulillah.. Tapi, anjing yang kejar ku tadi, ternampak kelibatku, dan nak kejar lagi. Jadi, cepat2 ku, undurkan langkah kaki..
Ya Allah, takutnya .. Air mata mula bergenang di kelopak mata.. Sedih, risau, takut, penat, semuanya bercampur baur..
“Aku kena, kuat..! Sikit lagi Hairi..”
“ Wahai Tuhan yang aku sembah, permudahkanlah segalanya.. Aku percayakan Allah, dan tahu Engkau bersamaku..” 
Mengucap aku di dalam hati..  Air mata masih mengalir..
Alhamdulillah, anjing yang kejar ku tadi, entah ke mana, dan anjing yang satu lagi, tak perasan tentang kedatangan ku. Berlari-lari anak ku masuk ke dalam lobby hotel. Aku rasa sangat sangat bersyukur. Ku  kesatkan sisa air mata yang tinggal..
Jam waktu tu menunjukkan pukul 3.45am. Sangat letih. Satu persatu nama aku sebutkan kepada pekerja kaunter hotel tu, tapi tiada satu pun yang namanya ada dalam senarai. Bilik dan orang herbalife berterabur..
Jam, sudah pukul 4.00am.. Alhamdulillah, terjumpa nama Mak Yang dalam list.. Pendekkan cerita, dapatlah aku bermalam selama kurang dari 1jam..
7-8 May 2011 :
Pagi tu, mataku macam orang tak tidur sebulan. Bengkak dan nampak lesu. Mungkin kesan dari keletihan dan menangis malam tadi..
 Sampai kat lobby, aku lihat ramai orang HERBALIFE yg bersiap2 untuk ke event. Tapi, semuanya orang yg aku tak kenal.
“Mana lin, dengan a.ijan ni?” Gumam diriku..
Tak lama lepas tu, aku nampak dari jauh kelibat sekumpulan orang yang aku kenali.
“Lin! Fiza! A.ijan!” Jeritku.
Rasa macam nak menangis bila Lin peluk.. Rasa sangat sangat LEGA… ALHAMDULILLAH…
Sepanjang event hari sabtu tu, aku asyik menguap aje. Aku cuba untuk fokus, tapi tak dapat. Rasa kelakar pulak bila teringat kat a.ijan, uplineku. Dia asyik datang tanya, hairi ok ke? Lapar tak? Nak makanan? Rasa rindu kat lin, fiza, a.ijan, kak ika, a.rudi dan semua.. Sayang orang HERBALIFE.. dan Sayang Herbalife..
Ya Allah, permudahkan dan lancarkanlah urusan upline, sideline, dan downline kami untuk mencapai target-target kami dalam herbalife.. Amin..
Walaupun tak banyak info yang aku dapat dari speaker2, tapi ada satu speaker  yang buat aku rasa kuat untuk terus berlari dalam Herbalife ni. Mereka adalah Mr and Mrs Kim.
Info yang pendek tapi padat, dan cukup membakar semangatku.  Terngiang-ngiang kata2 Mrs Kim di cuping telinga.
“The first 2 year we started doing HERBALIFE is the hardest year for us. We started with nothing.. I always scared, and cannot sleep at night. When my husband decide to be a SUPERVISOR, I’m really worried,
“Can we do it? We don’t know how to speak English, we don’t know the marketing, etc. “
We know nothing, but we only know about 1 thing. That the product works. And, that’s the reason why we believe in our self and keep on going. “
Mrs Kim menangis waktu itu. Begitu juga aku.. T.T
Rasa nak pergi lagi extravaganza…. Tak sabar tunggu tahun depan. Sekarang ni kena focus utk ke KOREA pula.. ^_^

…………………………………………………………
“Walau apapun terjadi, Aku percaya, Allah bersamaku…” World peace..! ^^





No comments:

Post a Comment