Saturday, 25 August 2012

Raya 2012 : Perubahan itu perlu bermula dari aku.


Bismillah.

Selamat Hari Raya suma!! hari ni dah raya ke berapa ek? aku pun tak ingat. Gahaha. -__- 
So, how's your Ramadan? Adakah Ramadan ini menjadikan kita insan yg lebih baik atau... sama je??? 

Tepuk dada, tanya iman... 

Raya tahun ni memang betul2 lain dari yang lain bagi aku. Sebabnya???

1) Kematian Tok pada Raya Pertama.. :'(

Aku dah tulis tentang ni dalam entry Raya 2012 : Pemergian yang abadi  so, tanak citer banyak. korang baca la sendiri ek. 

2) Amik Gambar waktu Hari Raya. 

Ehhh, jap. Kenapa pulak amik gambar pun jadi isu? --> sebab, family aku semua tak suka ambil gambar. Bila nampak kamera, semua orang lari. -___-

Contohnya macam ni, 

Hahahah -__-

Selalunya, kalu aku nak amik gambar mesti kena amik curi2. So, end up gambar akan dapat diambil dari tepi orang atau belakang orang. Tak best gile. Apa erti ambil gambar, kalu muka pun tak nampak. Kan?

Kalu dapat full muka pun, mesti hambar semacam. Macam aku yang paksa diaorang utk ambil gambar. Walau hakikatnya, memang betul pun. Gagagaga. 

Contohnya macam ni, 

 
*nampak sangat senyum terpaksa. Aduhai, sedihnya T_T..


Tapi, no problem. Orang Herbalife positf! Aku carry je memana phone, sbb nak amik gambo + bbm.

Alhamdulillah, berkat kesabaran *acece*, satu persatu family aku terbuka hati untuk ambil gambar.

 
*walaupun adik tak pandang kamera. aku je yg pandang. tp ok la. I'm happy anyway.

Ni dengan adik aku. Umur baru 19tahun. kat Matrix dapat 4.0 CGPA dua2 sem, oke. Jangan memain. *Elehhh*
Cuba tengok sape punya lagi besar badan. -__-

Then, ofkos aku amik gambar dengan emak tercinta. 

*abaikan background gambar yg ada periuk, kipas, radio bagai. -__- sbb aku bersusah payah nak amik gambar dengan mak. Time ni, baru mak izinkan aku amik gambar dgn dia. Hahah. Kat dapur pun, dapur lah. Aku tak kisah. heheh

 
yang ni Makndak dan Maklong. Comel tak. hahah. Minta maaf para jejaka, mereka berdua sudah pun berpunya. =D 

 Penyakit amik gambar dah berjangkit2. Sorang2 masuk dalam umah untuk amik tudung. Last2, suma beratur nak amik gambar walaupun muka suma serius. Gahahaha, kemainn.


Asyik gambar sedara perempuan je, lelakinya mana? Ha, nahhhh. Amik tengok.


Malu2 je nak amik gambar. Hahah. Cuba tengok sape senyum lagi lebar. Aku la tu. 

Ni gambar anak sepupu. Comeeeel kan? Hehe. Terkejut dia, aku amik gambar.

Last skali yang paling aku suka, permandangan di dapur rumah sendiri. Aku ulangi lagi, DAPUR RUMAH SENDIRI. bukan dapur di kampung.

 
Ada botol2 Herbalife tersusun rapi. Alhamdulillah.. 

Permandangan ni terdapat di dapur rumah sendiri, setelah 1 tahun lebih aku di dalam Herbalife. It does hurt me, when I'm having shake for my breakfast but my family having nasi goreng for their breakfast. It really hurt me. But, it's ok. Be patient. Masanya akan tiba. =)

Pemandangan kat dapur kampung dan dapur2 umah sedara tak macam ni lagi. Ada la satu dua F1 tersesat kat dapur2 diaorg. 1 F1 tahan 2 bulan. huhu. Tapi ok la. For a beginning.

Tapi dapur2 sedara yang dah jadi SV, memang macam kat dapur umah aku. Alhamdulillah. Bab COI, aku mmg lemah. Tapi kuasa Allah, aku ada 2 line (4 SV) yang datang dari COI. 

Line 1 = mak sedara + sepupu + kawan sepupu.
Line 2 = Jiran. Nama dia awin. Sape kenal?? Hahah. 

Walaupun line 1, tak berapa aktif, takpa. Asalkan diaorang consume Herbalife utk kesihatan diaorang sndiri. Tapi, aku tetap doakan mereka dibuka kan pintu hati untuk buat Herbalife business seriously, sbb Herbalife betul2 boleh mengubah taraf hidup kita menjadi jauh lebih baik. *dgn izin Allah*

Tentang amik gambar, kenapa semua family aku tak suka bergambar + fobia dgn kamera?? 
Sebab, kami orang susah. Mana ada kamera dulu2. Bagi kami, kamera tu mahaaaaalll sangat!! Membazir je beli!! 

Tapi, tu dulu. InsyaAllah, di hari2 mendatang, mereka akan excited. Macam aku dulu, mana suka amik gambar ni. Siap kena tegur dgn upline, abg ijan sebab aku amik 2 gambar je time Spectacular. -__-
 Tapi, Orang Herbalife kan excited bab amik gambar, and tak lama lepas tu, they influenced me. Hehe  

Macam menjawab tajuk entry ni, "Perubahan itu perlu bermula dari aku". Kalau bukan aku, sape lagi?? Sape lagi??  Just Sabar dan teruskan misi kita.


3) Raya terakhir sebagai single. InsyaAllah.

Yang ni, takyah hurai banyak2, sebab aku tak kawin lagi. Tatau nak citer ape. So, Jom amin ramai2. Ameenn.... 


4) Beraya dengan kereta sendiri. 

Entry ttg keta ni, aku akan citer dalam entry lain. Hahah. Malas nak explain kat sini. lenguh dah tangan menaip ni ha. 


Nak g kluar jap. Kbai.




Friday, 24 August 2012

Raya 2012 : Pemergian yang abadi..


Bismillah.

Kematian itu pasti..

Tarikh : 19 Ogos 2012
Waktu disahkan kematian: Around pukul 8pm
Nama : Mah bt Soud
Tempat : Bagan Serai, Perak
Waktu dikebumikan : 11am (20 Ogos 2012)

Pak imam menyebut Mah bt Puteh (di binti kan dgn nama si Ibu) ketika mentalkinkan jenazah. Raya pertama, Tok telah pergi meninggalkan dunia..  *Al-Fatihah*

................................

Pada Hari Raya Pertama, Tok pergi menghadap ILAHI.....    *nangis*
Bayangkan raya yang pertama, supposedly meriah dengan tawa. Tapi ia bertukar menjadi hiba. 

Before this, Tok sihat je. Cuma sakit sikit2. Tok tak sihat baru beberapa hari. Tapi malam tu, Tok pengsan. Doktor datang ke rumah untuk cek nadi, dll. Masa Dr masuk dalam rumah, suma orang macam pelik.

 "betul ke dia Dr?" 

sebab dia pakai baju bola pasukan Barcelona. -__-" tengah2 sedih, bila nampak baju Barcelona aku jd excited sikit. sikittt je. bukan sebab aku suka Barcelona, tapi sebab Barcelona pasukan yg di taja oleh Herbalife. pokoknya, sebab Herbalife. -_- apela aku ni.

Lepas dia keluarkan stethoscope, yang macam kat dalam gambar bawah ni, baru aku caye dia Dr.

  

Aku lupa sekarang tengah raya, patut pun Dr tu pakai kasual je. malam plak tu kan. Bila Dr cek, suma mata tertumpu kat Dr. takda satu bunyi kedengaran. berdebar. badan kaku. 

Then, Dr kata, "Emm, macammana nak cakap.. bersabarlah semua. Dia dah takda" 

Habis je ayat Dr, Mak Lang terus rebah. Emak angkat al-Quran tutup muka, the tears burst. Saat tu, aku rasakan ada satu batu besar yang hempuk dada aku. SAKIT DADA. PILU.

Tok dah takda, ya Allah.. :'(

Semua orang tak bergerak untuk beberapa minit. Tangisan kedengaran di setiap penjuru..

Berita kematian yang kami terima pada Hari Raya...

Tapi apa pun, Allah tu adil dan Maha Penyayang. Aku rasa bersyukur sebab sempat minta maaf dari Tok di pagi raya, Urut-urutkan badan Tok, kipaskan badan tok bila tok kata dia panas,  dan paling penting, aku dah cakap kat Tok yang aku sayang kan dia, sangat2.... Alhamdulillah, diberi kesempatan.. 

Siapa2, yang masih belum lagi minta maaf dgn semua orang terutama mak bapak, g la minta maaf sekarang. Entah esok lusa, mereka dah tiada. Atau kita sendiri yang akan pergi. G cepat TAU. Jangan tangguh2. Sebab Kematian tu tak dapat ditangguhkan dan tak pula dipercepatkan walau sesaat. 


Raya ke-2, kami menguruskan jenazah Tok.. Masa mandikan dan mengkapankan jenazah, anak2, cucu2, menantu semua menangis. Paling meruntun hati, bila mana kami cium pipi Tok dan lihat Tok utk kali yang terakhir sebelum Tok dibawa ke Tanah Perkuburan.. 

Hari raya kini bertukar menjadi majlis menguruskan jenazah. Sanak saudara berkunjung bukan untuk beraya, tapi kerana kematian.. :'(  

Malamnya, buat tahlil. Rasa macam tak percaya, suma ni berlaku dalam sekelip mata. aku rasa Tok masih ada lagi. Masih teringat2 saat Tok melawak dengan aku. Tok masakkan makanan utk aku. Tok bancuhkan kopi utk aku. Tok senyum pada aku..... :'(

*gambar hiasan. bukan gambar sebenar*

Kematian sememang membawa peringatan kpd mereka yang masih hidup. Kematian itu akan melembutkan hati yang keras, sombong dan bongkak. Walau tinggi darjat, pandai atau kaya macammana pun kita, kita pasti akan ditemukan dengan sesuatu yg dinamakan KEMATIAN. Moga kita semua dijemput oleh malaikat maut yang di hantar oleh Allah dalam keadaan yang paling baik dan bertakwa. Ameen ya Rabb..

Al-Fatihah sekali lagi utk arwah Tok. AL-FATIHAH....









Sunday, 15 July 2012

BELUM SEMPAT BERTANDING!! Berlatih je pun dah pengsan!!


Bismillah..

Kenangan Zero to Hero masih lagi terbenam dalam hati. One of the speaker yg betul2 menyentap hati, adalah Uncle Allen. Once Uncle dapat mic dan bersuara, satu dewan senyap. All the crowd memandang ke arah Uncle. Uncle dpt control all the crowd dgn hanya beberapa word je. Oke, aku kagum. *Tepuk tangan. Letup2 api* Hehe

Uncle cakap kt atas stage for the last 5 minutes. ONLY. Tapi impak kata2 Uncle Allen sampai ke hari ini. Sampai sekarang, kalu teringt kata2 Uncle, boleh meleleh2 air mata aku. T_T

Uncle Allen mention about Khoo Cai Lin. 

Ok jap. ------> sape Khoo Cai Lin??? 
Kenapa dia begitu penting dalam diri Uncle sehingga Uncle mention about her in the last 5 minutes in Zero to Hero?? The last 5 minutes is the most CRUCIAL part in every Herbalife events. 


Oke, let me introduce you. This is Khoo Cai Lin. Atlet Perenang Malaysia yg gunakan Herbalife as Nutrition for sports performance. Dia dah layak ke Olimpik wooo.. 
Hebat kan??

Ape ayat Uncle yang boleh buat aku meleleh air mata sebaldi. <-- Oke, tipu. takdala sebaldi. hehe

"Other people criticize u, take it as challenge. Push your self up. Swimming there's up and down. Use all those as motivation. Proof them wrong.

Work harder. Push hard. And don't let others put u down. Proof them wrong!! 

My 10 years, more down than up. Self motivation very important. Always constantly remind myself of my goals. 
Once u are down, u are down for a long time.
Training is very painful. Keep reminding yourself of your dream. " - Khoo Cai Lin


Ada entry blog uncle ttg khoo cai lin. Besttttt gle entry tu!!! 



Aku suka sgt apa yg Uncle tulis. 

1) RAMAI...dan RAMAI yang 'give up' semasa berlatih. BELUM SEMPAT BERTANDING!! Berlatih je pun dah pengsan!! 
Baru berlatih.... rasa sakit sikit... dah kata dia tak boleh buat... dan pelbagai alasan diberi...

2) Ramai yang tak berIMPIAN langsung. Pasal itu lah mereka tidak tahan berlatih. Sebab mereka tak mempunyai misi untuk berjuang. Tak ada sebab untuk bekorban. Bagi dia, sakit sakit semasa berlatih itu buang masa dan tidak masuk akal. Dan dia berundur dari terus maju, menyimpang ke tepi untuk memberi laluan kepada orang lain menang.

3) Ramai orang yang lebih mendengar kata orang lain dari dirinya sendiri. Dia PERCAYA ORANG LAIN lebih dari dirinya. Kalau orang peleceh, atau memandang rendah, tak ada daya lawan untuk membuktikan bahawa mereka itu SALAH!! Kita tidak melawan balik. Terima seadanya.


.... Ha.. hamek kau. hamek aku skali. -__-

Ramai gle yang start buat Herbalife dgn harapan nak ubah kehidupan keluarga jd lebih baik. nak financial freedom. etc. 

But, guest what, ramai juga Pengsan semasa Training. Pengsan semasa berlatih! 

Oke, entry hari ni takda conclusion. Korang pndai2 buat kesimpulan sndiri. Ghahaha. 
Aku nak rushing bersiap g booth kt Mydin. Kbai.



Tuesday, 26 June 2012

Wordless Time : Memori lalu..


Masih ingatkah kita, pada memori lama?
zaman kanak-kanak kita.. 


Several things that other people hate or avoid. but herbalife people love it!


Bismillah.

Entry ni, ideanya tetiba datang time dalam exam hall tadi. Gagaga. Exam 3 jam. +__+ lama sgt tuhh. tak patut, tak patut. *padahal takda idea nak goreng jawapan.* Ehe =D

"Several things that other people hate or avoid, but Herbalife people love it* 

korang rasa ape? Ok, meh kita selongkar satu2.

1) Monday a.k.a Isnin

Kalau orang biasa, nak masuk hari isnin je, mesti mengeluh. kan?? sebab tak suka kerja. haha. *opss* maaf bagi sesiapa yg terasa. :)


Orang2 Herbalife sukaaa sangat hari Isnin, because on weekend we work so hard & very hectic ! But on weekdays, kami tak brapa busy sangat. Tapi untuk sape yang nak tukar pin cepat2, tak boleh rehat2 sgt. We have to work hard too ! *ok, teringat balik goal sendiri* OMG, EOM is just around the corner ! Moga, bulan ni semua finish strong ! Amin.. =D


2) Love the Job

Setakat dah ada FB selama 2 tahun lebih ni, aku tengok kengkawan yg dah bekerja, suma mengamuk2 kat FB ttg kerja masing2. Haih. kalau tak suka, nape still kerja? We can choose & design our future. 


"Ramai orang yang hidup bergaji suka merungut. (Ramai, bukan semua ye). MErungut benci boss. Gaji tak cukup. Boring. Kerja stress. Don't you ever think, WHY THE HELL ARE YOU STILL THERE??? Make an effort to find something better!" - Amalina Peter

*ok, aku minta maaf bg pihak mell. sebab bahasa agak kasar. hehe.*


3) Sharing about secret of success with others.

Ni yang paling aku tabik kat suma leaders dalam Herbalife. Even sekecil tips pun, orang Herbalife still akan share. tak kisah la dari segi motivation ke, cara makan produk yg paling best ke, cara utk go to next level, cara utk closing sales, etc. apatah lagi kalau, tentang tarikh event2. Memang heboh satu dunia, kalu ada training. depa takkan senyap2 ja, buat event sendiri2. Buktinya?? 



Tiket event Zero to Hero, SOLD OUT !!! Baru beberapa hari buka pembelian tiket, suma tiket 2000 keping HABIS di sapu. hehe. =D ini, menunjukkan herbalife is booming & grow like crazy in Malaysia. 
yeah! *letup2 bunga api*

4) Kawin awal

Tentang kawin awal, banyak dah di bahaskan dalam entry aku yg dulu2, dan jugak entry kwn2 herbalife yg lain. Korang boleh baca sendiri lah yer. 


Trend Herbalife distributor usia 20-25 tahun: Kahwin Awal



Penyakit distributor Herbalife usia 20-25: Kahwin



*ha, klik lah yang mana berkenan ek*

Apa yg aku boleh sentuh di sini, ramai orang muda ber-couple di luar sana, sbg jalan mudah utk berpasangan. bila di tanya, 

"Bila nak mendirikan rumah tangga?". 
        Pasti akan dijawab, 
"nantilah, kalu ada jodoh."
"nantilah, bila duit dah cukup."
"nantilah, bila dah habis belajar."

Ok, now. Korang cakap nanti. Tapi, yang ber-couple bagai nak rak tu, kenapa? sekadar bertunang @ dah dapat kebenaran dari ibu bapa, tak bermakna, si dia adalah kepunyaan mu. 

5) Talking about the future & Dreams.

Ok, now I'm talking about real dream. Not day dreaming. ramai yg boleh berimpian. tapi impian dan angan2 mat jenin yang lebihnya. Nak itu. Nak ini. tapi, usaha??? Habuk pun tarakkk.

Ramai yg bila aku tanya ttg future, suma tergagap2 nak jawab. They cannot pictured & imagined about their own future ! They said, "I'll just go with the flow." 

Do you means, this??
--> "Graduated. Find job. Get money *kalu tak suka kerja tu, tukar kerja lain*. buy car.  buy/rent house. Get Married. have children. Died."

Kalau betul la, maksud "go with the flow" tu mcm ni, memang korang adalah orang yg paling aku kesian. Serius. Kesian. 

sbb Memang takda life, dan diri tidak bermanfaat kpd orang lain. apa yg kita fikirkan setiap hari, adalah memenuhi tekak dan poket kita sendiri. kan? tepuk dada, tanya iman. ;)


6) Minum air banyak.


yang ni, tak dapat dinafikan. orang Herbalife memang minum air banyak ! orang lain tak suka, sbb malas nak ke tandas. sbb malas nak isi botol air penuh2. 

Ha, oleh sebab orang herbalife suka minum air banyak, kerana tu lah , orang Herbalife suma healthy2, cantik kulit, shaping badan kaw2 punya, walaupun dah tua @ beranak pinak. Tak caya?? Jom, datang ke Herbalife gathering ahad ni, di Seri Pacific Hotel. See it by your own eyes!!! =D

OK. Azan Maghrib dah masuk. Nanti sambung lain entry. Lusa exam lagi.
Wallahu'alam. Kbai.