Showing posts with label Trainings & Events. Show all posts
Showing posts with label Trainings & Events. Show all posts

Friday, 28 June 2013

Saya nak menjual je. Tak nak pergi training.


Bismillah.

Blog dah jadi bersawang-sawang. Lama sangat tak di buka.  -___-"

Jom main teka-teki kejap. 

Ada satu situasi, 


Student : "Cikgu, saya mahu dapat A dalam subjek matematik ni. Apa perlu saya buat? Tolong ajar saya."

Cikgu   : "Betul nak dapat A? Ok sekarang, kamu perlu datang ke setiap kelas matematik cikgu. Jangan ponteng lagi tau. Ni homework yang kamu perlu buat di rumah, next week hantar pada cikgu."

Student : "Alaah, cikgu. Saya memang nak A, tapi saya tak dapat datang ke kelas cikgu. Homework yang cikgu bagi itu pun, susah."

Cikgu   :  *senyum*


Teka-teki nya adalah :  Rasa-rasa, student tu boleh dapat A tak?

Jawablah sendiri yer. Heheh.



Soalan dan "ayat" biasa dari orang yang BARU NAK BERMULA dengan busines Herbalife. 

(1) "Saya nak buat herbalife. Saya SERIUS. tapi saya tak nak ke training atau event."

(2) "Tempat event dan training jauh. Saya tak dapat pergi."

(3) "Saya nak berjaya, tapi saya takda masa untuk ke training"

(4) "Kalau datang ke training, perlu bayar tiket. Saya takda duit."

(5) Saya dah tau semua. Tak perlu datang event berkali-kali.

(6) Semua HOM dan STS sama. Bosan.

(6) Herbalife ni, just menjual aja kan? Kenapa perlu datang ke training dan event berulang-ulang? Penatlah datang training. Buang masa, buang duit minyak dan tol, buang tenaga sahaja.


Penuh 1 muka surat dengan "alasan" yang kreatif.  Banyaknya alasan, tapi nak dapat duit dengan Herbalife.  Is it make sense??


Gambar kat atas kata, "Make excuses or Make money".  Dalam event Herbalife University kat Macau tahun lepas, ada cakap.

"You can make MONEY and EXCUSES. 
But you cannot make BOTH at the SAME TIME."

Boleh ambil contoh tentang dunia makan gaji.

Nak dapatkan gaji tapi tak nak buat kerja atau pilih-pilih kerja yang bos anda berikan.  Rasa-rasa, bos tak kan bagi gaji kan? Silap hari bulan, boleh kena buang kerja weyyhhhh.

Cuma beza dalam Herbalife, takda bos. Kita adalah bos kepada busines masing-masing. Yang ada hanyalah mentor atau coach yang guide kita ke jalan kejayaan. Terpulang kepada kita, samada nak ikut atau takk. Jika anda menuntut kejayaan dari coach anda, coach anda juga menuntut anda untuk melakukan apa yang di minta.



Menjawab persoalan, "KENAPA PERLU DATANG KE  SETIAP TRAINING"

- Kerana kita bukan SALES person. Tugas Salesman hanyalah menjual. Tapi kita adalah Personal Wellness Coach Herbalife a.k.a Konsultan Kesihatan Peribadi Herbalife. Kita memang menjual produk Herbalife, tapi tugas kita tak berhenti setakat itu sahaja. Tugas kita yang PALING PENTING adalah MELATIH customer kita menggunakan produk Herbalife dengan cara yang betul & MEMASTIKAN mereka mendapatkan product result yang mereka harapkan daripada Herbalife.

- Kerana kita bukannya ada ilmu yang mendalam tentang nutrisi apatah lagi tentang busines. Jadi, kenapa tak nak datang belajar.

- Kalau rasa susah sangat nak menjual, atau customer asyik hilang. Cuba tanya balik pada diri, BILA KALI TERAKHIR ANDA HADIR KE TRAINING & EVENT?

- Selalunya kalau kita rasakan HOM dan STS itu bosan, it means, KITA SUDAH LAMA TIDAK MEMBAWA NEW GUEST.  Try to bring 1 new guest.

PERCAYALAH, kita adalah orang yang akan duduk di barisan paling hadapan, dan orang yang paling excited dalam event tu! Kalau demam pun, sanggup datang ke HOM atau STS, sebab bawa guest baru!

- Semua kelas dalam Herbalife perlu bayar tiket. Kenapa? Sebab, nama pun nak belajar kan. Sejak dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sehinggalah ke universiti, mesti ada yuran yang dikenakan untuk belajar. Ataupun sekecil-kecil kelas ilmu seperti kelas komputer pun, mesti ada yuran dikenakan. Betul??

- Soal tempat event jauh... Pak Fauzi (Presiden Team dari Indonesia) cakap, lagi jauh sesuatu event, lagi bagus. Nak pergi belajar untuk kebaikan akan dapat banyak pahala dari Allah.. Ibarat seorang pejuang, yang ingin mendapatkan ilmu yang akan digunakan untuk mengubah nasib keluarga. Walaupun, mati di dalam perjalanan, akan masuk ke syurga!


Event dan herbalife adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Ia sebati. Tanpa EVENT dan TRAINING, jualan produk Herbalife untuk tahun lepas tak mungkin akan melebihi 6.4 Billion USD.

So instead tanya, kenapa perlu datang event. Why not TUKAR


Kenapa saya buat Herbalife sebenarnya?

Kenapa tak ikut sahaja cakap coach untuk pergi ke setiap HOM, STS, SC TRAINING / 500 CLASS DLL??



Untuk nexxxxt BIG event, akan di adakan di Gambang, Pahang !! Of course, ZERO TO HERO!!


Next entry aku akan tulis details tentang event yang luarrrrrr biasa ni. Sekarang dah kena siap-siap untuk pergi ke booth dan SC Training kejap lagi. Kbai.






Thursday, 14 June 2012

Anything, Just Cari upline.

Bismillah. 

Ok, hari ni takkan tulis entry yang merewang2. Akan focus dan shoot to the problem.

Herbalife INDEPENDENT Distributor. <--- Ada apa dgn nama ni?

aku HIGHLIGHT kan, word INDEPENDENT distributor. 

sekali lagi, INDEPENDENT.




oke, dah masuk word INDEPENDENT dalam otak??


ok, good. apa yang tengah aku try nak explain kan kat sini, is, kalu kita ni buat Herbalife, jangan terlalu depend kat upline. This business is our OWN business. 


"Upline @ sponsor bertanggungjawab ajar kita untuk consume Herbalife dengan cara yang betul dan dapatkan product result. Tapi tentang business, it is our own RESPONSIBLE." 
- Makyang. 

*makyang cakap ni, waktu aku awal2 serius buat Herbalife, meremang2 bulu roma dengar. sebab yela, makyang, kalu bercakap suara memang tinggi2 dan kuat2. Ofkos, aku meremang bulu roma. haha. 

Situasi orang yang tidak berdikari @ MALAS untuk berdikari : 

1) Nak pinjam product ---> cari upline. 
2) Nak pinjam duit ----> cari upline. 
3) Nak buat shake party yang entah kali keberapa ---> cari upline (1-3 kali takpa)
4) Nak guna scanner ---> pinjam kat upline
5) Nak beli tiket event --> Suruh upline dahulukan duit upline. 

*pastu upline ajak g event, korang TAKNAK. cne tu?? Nak mengharap upline tolong, tapi apa yg upline suruh tak nak ikut. Oh mannnn.. -___-"

Kalu nak cakap tentang takda duit, aku pun banyak kali takda duit. Hundred of times !! 
Sebab tu, kita kena sedar diri. Dah sedar kita, tidak berduit, kitalah orang yang kena USAHA, & KERJA LEBIH KERAS berbanding orang lain. 

Hehe. pagi tadi hangin sikit. sebab ada downline nak pinjam barang & duit LAGI. jadi, aku agak tension. *bnd sikit pun nak tension, kan? poooodah hairi. Ehe. =D

Abg ijan call, aku ngadu2 sikit la. Abg ijan cakap, "hairi, try to learn to say NO" 
Oke, my weakness, is cannot say NO. Bila downline minta mcm2, aku akan tegur "U cannot always do this. bla..bla.. bla..." but aku end up cakap, "Ok, so nak pinjam brapa f1?" 

So, pasni. Takkan ada dah. Aku nak jadi lebih tegas. *padahal mmg dah tegas. Haha 

CUba berdikari di atas kaki sendiri. 
Dont, be afraid. you CAN do it !! :) Goodluck. 

Ok, dah. Nak g solat asar. Kbai.

Wasalam. :)








Saturday, 17 March 2012

no SHORT CUT in Herbalife.



Bismillah.. 


Blog aku ni dah berhabuk2, bersawang2 dah. lame bebenor tak update. Right now, I'm facing the hardest time. Thesis (need soooo much attention for lab, need to stay at fac until midnight) + Lots projectsss (I would say, projects that can give me HEADACHE, bcause we work in team). kalu sorang2 tu, boleh tolerate lagi la kan (boleh pulak mcm tu, -.-" ) tapi, kalu work dalam kumpulan, kena sentiasa update kerja kita dgn kumpulan.    ok, tak nak bebel banyak2 ttg university life, yang mana memang perlukan ketahanan yg kuat utk hadapi semua tu. JUST 4 MONTHS left.. tapi rasa macam 4 YEARS! *sigh*


ok, semangat, semangat! Kata baru balik dari training tadi, so, kena Semangat! Hehe.. =D


Back to tajuk entri "No SHORT CUT in Herbalife". kenapa buat tajuk ni? orait, teruskan pembacaan anda ke perenggan seterusnya k. 


 



Many people start to do Herbalife business dengan niat nak dapat INCOME besar2. Yes, you can have it. 
Herbalife can give you something that you cannot even imagine. SubhanAllah. 


But, the problem is when people working, and they dont get what they wish for. ok guys, sekarang jom muhasabah diri sikit. CUKUP ke kerja yang korang buat? Berapa jam dalam satu hari kita spend utk buat HL SERIOUSLY? 


THINK. then, reflect yourself. 


Dont blame other people. Success is depend on your ATTITUDE and your HARDWORK (and ofkos by Allah's will). 


Ha, baca ni. Herbalife bukan utk mereka yang malas.


1) Kalu just buat HL 2-3 jam je sehari dan kadang2 tak buat lansung pun, tapi nak jadi Supervisor. Macammana nak jadi SV?? -_-"


2) Kata nak dapat customer lebih 10 orang 1 bulan, tapi bercakap dgn hanya 2-3 orang je satu hari. Pastu, nak sedih2 bila tak dapat untung. 


3) Kata nak jadi WT, tapi lebih banyak mengeluh dari bekerja. Lebih banyak menyalahkan upline, downline, sideline, etc daripada melihat kesalahan sendiri. 


Seriously guys, HOW it can works??


Dalam Herbalife ni, kalau korang just fikir tentang duit, korang memang takkan dapat duit. Herbalife teach us about helping other people more. Love and Concern more about others. Dulu aku pun tak faham gak, apa yang dikatakan dengan "Helping more people, than you can get what you wish for". So dulu2, bila aku cakap dgn orang, mmg aku terbayang brapa banyak duit yg aku bakal dapat. but, believe me. duit yang dapat tak banyak. Sebab nya, AKU CAKAP SEBAB NAK DUIT, aku tak ikhlas nak tolong diaorang jadi sihat. 


Tapi, bila aku attend banyak event, aku start faham apa yang dikatakan "Help more people to achieve their dreams, then your dreams will be achieved." <-- ok, rasa nak nanges jap. T.T 


SubhanAllah, kuasa Tuhan. bila kita ikhlas nak tolong orang, automatik, rezeki datang melimpah-ruah tanpa disangka-sangka. 
Err.. rasa mcm dah lari topik. haha, ok back to the topic. NO SHORT CUT in Herbalife.


You need to go through all those things. 


Hom, Sts, Hom, Sts, Hom, Hom, Sts, Hom, Sts, Hom, Hom, Sts, Hom, Sts, Hom, Hom, Sts, Hom, Sts, Hom, Hom, Sts, Hom, Sts, Hom, Hom, Sts, Hom, Zero to Hero, EXTAVAGANZA. (attend ALL without fail) 


sedih, terluka, penat, letih, jatuh, bangun semula..


Ia adalah perjalanan yang semua Herbalife distributor yang memang PROVEN Berjaya telah lalui. Kita hanya perlu ikut jejak langkah mereka. Simple kan? (simple to say, but not simple to do.) Kan? Tepuk poket, tanya brapa income nak. 




 

Selamat bekerja, dengan ikhlas. Jumpa di Zero to Hero dan Extravaganza...!! 
Wallahualam. =)





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Sunday, 12 February 2012

Kenapa Event?? - All successful people born from event.



Bismillah.


HOM, HOM, HOM.. STS, STS, STS.. Spectacular, Spectacular, Spectacular...!

Event, event, event.. OMG. -.-"


Kita ke sini, dengar orang cakap ttg event. Kita ke sana, dengar orang cakap ttg event. Why all Herbalife people talk about EVENT, all the time??    *#@*&>$%^*#


Pernah tak korang terdetik dalam hati mcm ni?
Pernah? *sy pun pernah, waktu awal2 dulu* 
Tak pernah? *ok, korang memang Terbaeeekk.*


Orang2 yang baru mesti terfikir,
"Aku nak buat HL. Aku serius la. tapi ada kaitan dengan event ke? Nape nak kena g event pulak?"


ok, jom tengok, nape semua orang sibuk2 highlightkan word EVENT especially Spectacular?


Herbalife is not just about selling product. Ingat betul2 dalam hati, HL is NOT JUST ABOUT SELLING PRODUCT.


Event adalah jantung Herbalife Distributor. All SUCCESSFUL people born from event. Cuba tengok Mill Team member yg muda2 macam Amalina Peter dan abang Rudi. Pernah tengok diaorang ponteng EVENT? Sy berani kerat jari, diaorang tak pernah pilih2 event untuk datang.


I dare to say, without EVENT, I wont stay in Herbalife until today.
without Event, we wont achieve what we had achieved today!


Dalam event, kita akan bina keyakinan kita terhadap company. terhadap produk. dan paling penting keyakinan terhadap DIRI kita sendiri. Pak Yang ( Captain Saiful) selalu cakap, "Work on urself more, than anything else."


"To be SUCCESSFUL you need to have a GREAT ATTITUDE first and then the MONEY comes. you have to have FAITH first and then the money COMES" - Mark Hughes


Tak payah kita nak sedih2 bila downline kita, adlh orang yg tak serius. Tak perlu nak sedih2, bila downline kita tak work hard. Jangan marah2 bila downline kita, tak ikut apa yg kita cakap. Jangan sibuk2 dgn perubahan orang lain. You yg perlu baiki diri sendiri. Bila you work on urself more. Your people will see, and naturally, they'll follow you from back. Believe me, your action is more powerful than your word. People will do what you do, not what you say.



Ok, which one is you?

I'll follow what Successful people had done. They said, I need to go to Spectacular and ALL EVENT. 
I just follow. No question asked. 


But, you? Which path you want to choose?? YOU DECIDE. 
To those who already bought Spectacular tickets, you're amazing! See you at the top. Dont forget to bring more people that you love to Spectacular this week! 

To those who want to start buy Spectacular tickets, buy it today! 
Hari ni last day tiket berharga rm330. Call / msg me. 0193727805.

Tuesday, 7 February 2012

Demam.

Bismillah.


Siapa yg tengah demam sekarang? *angkat tangan*


sy pun tengah demam sekarang. Demam selesema dan demam Spectacular!!


Demam selesema sebab kolej takda air. -.-". 
air tak cukup utk bersihkan diri + tak cukup air utk minum. kedai runcit tutup. azabnya takda air.  semua benda terbatas. effect demam selesema --> tak larat nak jalan jauh2. 
tapi still datang STS *No excuses utk tak datang eventdan pergi wedding downline. 


Demam Spectacular?? sebab lagi beberapa hari Spectacular akan berlansung!
side effect SPECTACULAR --> Tukar PIN..! *insyaAllah*



ok, ni gambar waktu 1st Spec sy yg pertama. tahun lepas. baru 1 minggu makan Herbalife. cuba perhatikan betul2 tang muka tu, kusam kan? huhu. Time ni datang event, masuk bilik limpahan aka "overflow room".
Kenapa masuk overflow room? sebab lambat buat keputusan. Upline suruh beli awal2, tak nak. Tak nak usaha cari duit beli tiket. Padahnya, masuklah bilik overflow room. *padan muka. Dush, dush* Harga tiket lagi mahal sebab harga tiket dah jadi angry bird. Dahla harga lagi mahal, tp masuk bilik overflow pula, yang mana hanya ada slide je, the real speaker ada kat hall lain bersama org2 yang positif. Bilik overflow ni, full with -ve people. Depa pun sama macam sy kut. Lambat buat keputusan. Selalu kluar masuk tandas. Tidur lah. Bercakap2 lah. SO, feel utk sy merasai Spectacular sepenuhnya hampir takda! I feel lost! Nasib baik ada post event. Cepat catch up balik. 

Jadi, tahun 2012. 
Event pembukaan tahun 2012 yang WAJIB utk attend bagi siapa yg SERIUS dalam Herbalife 
---> Spec 2012! 

Alhamdulillah, Spec tahun ni, banyak perubahan. Sy qualify Party, Lifestyle day, dan VIP! Alhamdulillah. Paling best, sy tak qualify sorang2. utk Party dan VIP, upline dan downline2 sy pun qualify jugak! Siapa yang tak qualify apa2 utk Spectacular ni, jom qualify utk VIP Extravaganza pulak! *ada sorang downline sy dah qualify pun VIP extravaganza, sy belum lagi. fuh, rasa tertampar* Jom sama2 usaha! Be more Serious and Work more harder.

Sesapa yang nak ubah hidup dia sekrang menjadi lebih baik samaada dari segi kesihatan dan kewangan, buy this ticket, Now! This is changing life event. 

Ha, gambar besaq2 sy upload, biaq terang-benderang tulisannya utk difahami. 

Awak SERIUS, call me NOW. Nurul hairi - 0193727805.
Awak TAK Serious? ok, now. Think, what actually YOU WANT in this life

Orait, Selamat berfikir. :)



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, 31 January 2012

I dont need Event = I dont need You!



Bismillah.


"I dont need Event! I can success without Event!" *dengan muka dan gaya sombong*


ayat pedih yang diucapkan oleh seorang SV aku, waktu aku baru nak merangkak-rangkak dalam Herbalife. Terkial-kial aku nak jawab, al maklum usiaku dalam HL baru beberapa minggu waktu tu! Alhamdulillah, berjaya act cool at that time. tapi pastu aku terus ngadu kat a.ijan dan lin (beloved sponsor) dgn sedihnya.. T.T

Aku, --> Pernah dimarahi downline depan downline lain. Shake party yg aku buat sampai ke hari ni, tak pernah close Big volume. Paling banyak pun 1 set 123, plus 1 f1. *sedih kan?*


But, it's ok. Allah knows everything. He already plan everything for me. and I trust HIM. Tidak ada yg mustahil jika kita bekerja dgn kekuatn Allah. Ianya mustahil jika bekerja dgn kekuatan kita sendiri. 


So, sekarang, siapa yang berani nak cakap, atau terfikir, terdetik, terlintas dan semualah yg seangkatan dengan nya, "I dont need Event. I can success without Event."


Jawapan aku untuk you, "I DONT NEED YOU in my team. You can go." Noktah. (Noktah kuat2 sampai kertas terkoyak sebab betul2 maksudkan Event bukan something yg REMEH ).




So, nak WARNING awal2. utk sesapa yg nak start buat HL lepas ni, kalu serius nak buat HL, nak dapat high income tinggi tapi tak nak attend event frequently, nak pilih2 event. Nasihat aku, Lupakanlah niat korang. Pendapatku, Baik tak payah buat HL. Kami tak pening kepala. Korang pun tak pening kepala. Kan senang tu?


Tapi kalu just utk makan shj, memang 100% nak makan, takpa. at least g event 1 kali seumur hidup you pun TAKPA. ;)


Aku terfikir nak tulis entry ni sebab dah makin ramai yg tak nak attend event. Cakap baik2 tak dengar. Suma nak meretail je. Dalam HL ni, dapat income bukan dari meretail je. Ada banyak lagi cara lain utk dapat income. Yang korang suka sangat meretail ni kenapa? -.-" Memang dah proven, walaupun korang HEBAT meruncit, tapi tak g event, Percayalah, korang takkan dapat pergi jauh dalam HL. Ramai downline2 dan sideline2 aku yang senyap sunyi sepi je businessnya sekarang sebab tak nak attend event and not teachable. ada BIG ATTITUDE PROBLEM. Nak duit tapi taknak pergi belajar mcm mana cara nak dapatkan duit. Ha, macammana tu, kan? Think about it, deeply.


Moga-moga kita semua dijauhkan sejauh-jauhnya dari masalah ATTITUDE ni. Ameen..


Macam biasa, last but not least nak tinggal soalan utk korang.

Hari ni hari last EOM. Macammana EOM tadi? Adakah finish strong? =D


Friday, 13 January 2012

4 Hotels in 7 days.


Bismillah. 

Fuh, Semangat! Merantau 4 buah negeri dalam masa 7 hari. lagi banyak merantau, lagi luas permandangan, lagi meningkat ilmu pengetahuan, dan lagi banyak duit dihabiskan. haha. All of those things are investment abang rudi kata. So, it's really ok. big investment, brings High Profit!

1. Tiara Beach Resort, PD untuk event Zero to Hero. (7-8 Jan)

Hotel 5 bintang yang Herbalife booked utk event. memang Superb!

waktu malam. 



antara gambar new leader. gambar bilik, lupa nak amik. -.-"

Apa yang aku paling terkesan sekali dalam event ni, is slide ni

Ni kisah perjalanan Pak Abdul dan Ibu Elin dalam HL. Waktu mereka jadi WT dan AWT adalah sama macam aku *cuma tahun nya berbeza*. Sangat berharap aku jadi Get Team dan Mill Team pun dalam waktu yang sama macam mereka dalam slide ni. 


2. Selesa Beach Resort utk Act Supervisor Retreat. Yang ni dapat Free! All paid by Herbalife. (9-10 Jan)






ok, apa yg paling aku terkesan pulak time ni? this slide, 

Aku highlight kan, "I'll do it, NO MATTER WHATEVER IT TAKES."

3. Syuen Hotel utk Mega HOM, Ipoh. (11 Jan)


Jadi speaker bidan terjun di sana utk topic marketing plan, so, tidur kat sana 1 hari, then, heading to Penang the next day, for Mega HOM in Penang. bilik ni sendirian berhad bayar. Haha. takpa, Herbalife kan ada. kata income bulan lepas RM10k. :) Alhamdulillah!

4. Pearl View Hotel, utk Mega HOM Penang. (12 Jan)


bilik yang ni pun, sendirian berhad bayar. hehe. 


Apa yang ingin dikongsikan dari Mega HOM ni, adalah gambar dibawah.


Nama jejaka ni, Tobby Ooi. Mill Team member. ada degree in Sciences. Lpas graduated, kerja di kilang lebih 12 jam sehari, tapi gaji hanya RM2600. so, he thinks its Not Worth it to stay and work in the factory anymore. Buat HL dulu just nak dapatkan RM500, tapi Right now,  last month is RM35k. @.@ Wow.

Jadi, conclusion utk entry ni, Herbalife ada banyak event yang boleh dihadiri. bagi siapa2 yg SERIOUS nak jadi lebih sihat dan ingin dapatkan extra income boleh datang ke

1. 15 Jan (ahad ni) di Pan Pasific Hotel untuk STS event. rm30

2. SPECTACULAR! 17-19 Feb 2012. rm330.

*sape yang rasa rm330 tu mahal, orang tu lah lebih2 lagi yg kena datang. Sebab rm330 tu tak besar pun sebenarnya, tp kalu rm330 tu pun, tak mampu, dialah orang yg MESTI HADIR. :)


Any inquiries, you can msg/call 0193727805. *Serious People only!

Tuesday, 24 May 2011

Extravaganza: A Journey, Shanghai to Bangkok

EXTRAVAGANZA..!
 
Extravaganza dah berlalu hampir 3 minggu. Tapi segala yang berlaku masih segar dalam ingatan. Bagi orang lain, event itu sendiri yang banyak memberi makna dan mempertemukan jawapan WHY kepada mereka. Tapi, lain bagiku..
Perjalanan menuju ke Bangkok dan hari-hari yang di lalui untuk aku menggerakkan hati dan kaki ke sanalah, yang menemukan aku dengan WHY ku..
WHY HERBALIFE, WHY ME, WHY NOW?
I’ve found my WHY… ALHAMDULILLAH…
 Perjalanan dan detik ke Bangkok
Beberapa hari sebelum ke Bangkok, memang tak dapat tidur dengan lena. Terbangun pukul 3 pagi, dan tak dapat nak lelapkan mata semula.  Risau..
Waktu tu, baru aje beberapa hari sampai kat Shanghai.  Jadi, lost contact dengan orang kat Malaysia. Facebook, blog, twitter, semua restricted kat sini. Memang tak tau apa2 detail ttg event tu. Banyak benda yang aku fikirkan..
Hotel kat mana? dekat ke tidak hotel dengan airport? kat airport nanti takda siapa yang akan jemput, Boleh sampai ke aku ni ke hotel tu?
Dan aku sememang rasa tak nak pergi Extravaganza tu. Biar aje tiket flight berharga rm1741 tu burn. Tapi, entahlah kenapa, Allah gerakkan hati ni, supaya berhenti berfikir ttg soalan yang merisaukan tadi..
Alhamdulillah, berjaya bisikkan pada diri sendiri,
“Teruskan hairi,teruskan.. yang lain, biar Allah yang uruskan..”
Ya, memang pergantunganku kepada Allah begitu menggunung waktu itu..
Hanya Allah sahaja yang tahu, tentang segalanya..
Aku, tak pernah ke tempat yang jauh tanpa ada teman. Tak pernah pergi ke Kuala Lumpur seorang diri. Tidak pernah meninggalkan rumah tanpa kebenaran ibubapa.
Tapi pertama kali, buat keputusan yang begitu sukar dalam hidup..  Sepanjang perjalanan, berdoa dan berdoa.. Moga Allah tunjukkan jalan dan jawapan kepadaku.
Adakah HERBALIFE  ini untuk ku..?
Habis aje waktu kerja, aku terus menuju ke airport.  Sampai ke airport, uruskan apa yang patut di sana. Sedihnya, barang Outer Nutrition yang baru aku beli waktu kat Malaysia kena rampas. Sebab, tak boleh bawa cecair.. T.T barang tu dah la mahal. Rasa geram kat security China.. Tapi, ye lah, diaorang buat kerja diaorang aje. Takpalah, sabar Hairi.. Masa ni, dah mula rasa tak sedap hati..
Then, dapat tahu flight delay.. Benda yang paling aku tak suka dan kurang sabar adalah bila ada yang tak  tepati masa dan tepati janji. Takpa, sabar sabar…
Naik aje flight, ingat nak rehat, tapi orang di sebelah tempat duduk, sangat sangat peramah.. T.T         Jadi, tak mungkin lah dapat melelapkan mata.. Takpa, layan aje dia.. Sabar Hairi…
Sampai kat airport Suvarnabhumi, Bangkok terus cari teksi. Alhamdulillah, dapat jumpa teksi. Tapi yang tak bestnya, driver tu tak tahu cakap BI..
Nasib baik, ada buat sikit preparation waktu kat Shanghai. So, driver tu tau kat mana Bangkok Palace Hotel. Alhamdulillah…
Dalam teksi tu, sepanjang perjalanan, aku diam aje.. Sebab, tak tau nak cakap ape. Nak cakap, dia tak faham. Lama perjalanannya. Aku dah start risau, meter harga semakin naik, tapi masih tak sampai-sampai lagi. Di bawanya aku ikut jalan-jalan kecil.
“Ya Tuhan, betul ke tidak pak cik driver ni? Baik ke jahat pak cik ni?”
“Permudahkanlah urusanku, wahai Yang Maha Berkuasa”..
Syukur…  Akhirnya, sampai juga kat Bangkok Palace Hotel ni.. Kesian pak cik tu, aku fikir dia orang jahat. Maaflah pak cik.. terima kasih pak cik, bawa saya sampai ke hotel dengan selamat.. Moga Allah memberkati pak cik.. ^^
Keluar dari teksi..
Ternampak 2 ekor anjing.. MasyaAllah, kenapa lah pula ada anjing kat sini? apa nak buat ni? Sekor anjing ni, aku pandang dia, dia pandang aku. aku jalan laju sikit, dia pun ikut jalan sikit. Aku jalan laju banyak, dia pun ikut jalan laju banyak. 
Aku buka langkah seribu. Nasib baik, ada botol air kat tangan, jadi aku baling kat anjing tu. Alhamdulillah, dia dah tak kejar lagi.. Kasut habis basah lencun, sebab tempat parking tu agak banjir. Jam menunjukkan pukul 3.05am. Tak pernah dibuat, aku duduk kat luar waktu ni, kalu emak tau, mahu aku kena hambat dgn kayu..
Macammana aku nak masuk ke hotel ni? Cuba cari jalan.. Aku ke hulu ke hilir cari pintu masuk yang lain. Sebab anjing tu duduk kat pintu masuk utama..  Oh, Dah jumpa pintu masuk yang lain..! Alhamdulillah.. Tapi, anjing yang kejar ku tadi, ternampak kelibatku, dan nak kejar lagi. Jadi, cepat2 ku, undurkan langkah kaki..
Ya Allah, takutnya .. Air mata mula bergenang di kelopak mata.. Sedih, risau, takut, penat, semuanya bercampur baur..
“Aku kena, kuat..! Sikit lagi Hairi..”
“ Wahai Tuhan yang aku sembah, permudahkanlah segalanya.. Aku percayakan Allah, dan tahu Engkau bersamaku..” 
Mengucap aku di dalam hati..  Air mata masih mengalir..
Alhamdulillah, anjing yang kejar ku tadi, entah ke mana, dan anjing yang satu lagi, tak perasan tentang kedatangan ku. Berlari-lari anak ku masuk ke dalam lobby hotel. Aku rasa sangat sangat bersyukur. Ku  kesatkan sisa air mata yang tinggal..
Jam waktu tu menunjukkan pukul 3.45am. Sangat letih. Satu persatu nama aku sebutkan kepada pekerja kaunter hotel tu, tapi tiada satu pun yang namanya ada dalam senarai. Bilik dan orang herbalife berterabur..
Jam, sudah pukul 4.00am.. Alhamdulillah, terjumpa nama Mak Yang dalam list.. Pendekkan cerita, dapatlah aku bermalam selama kurang dari 1jam..
7-8 May 2011 :
Pagi tu, mataku macam orang tak tidur sebulan. Bengkak dan nampak lesu. Mungkin kesan dari keletihan dan menangis malam tadi..
 Sampai kat lobby, aku lihat ramai orang HERBALIFE yg bersiap2 untuk ke event. Tapi, semuanya orang yg aku tak kenal.
“Mana lin, dengan a.ijan ni?” Gumam diriku..
Tak lama lepas tu, aku nampak dari jauh kelibat sekumpulan orang yang aku kenali.
“Lin! Fiza! A.ijan!” Jeritku.
Rasa macam nak menangis bila Lin peluk.. Rasa sangat sangat LEGA… ALHAMDULILLAH…
Sepanjang event hari sabtu tu, aku asyik menguap aje. Aku cuba untuk fokus, tapi tak dapat. Rasa kelakar pulak bila teringat kat a.ijan, uplineku. Dia asyik datang tanya, hairi ok ke? Lapar tak? Nak makanan? Rasa rindu kat lin, fiza, a.ijan, kak ika, a.rudi dan semua.. Sayang orang HERBALIFE.. dan Sayang Herbalife..
Ya Allah, permudahkan dan lancarkanlah urusan upline, sideline, dan downline kami untuk mencapai target-target kami dalam herbalife.. Amin..
Walaupun tak banyak info yang aku dapat dari speaker2, tapi ada satu speaker  yang buat aku rasa kuat untuk terus berlari dalam Herbalife ni. Mereka adalah Mr and Mrs Kim.
Info yang pendek tapi padat, dan cukup membakar semangatku.  Terngiang-ngiang kata2 Mrs Kim di cuping telinga.
“The first 2 year we started doing HERBALIFE is the hardest year for us. We started with nothing.. I always scared, and cannot sleep at night. When my husband decide to be a SUPERVISOR, I’m really worried,
“Can we do it? We don’t know how to speak English, we don’t know the marketing, etc. “
We know nothing, but we only know about 1 thing. That the product works. And, that’s the reason why we believe in our self and keep on going. “
Mrs Kim menangis waktu itu. Begitu juga aku.. T.T
Rasa nak pergi lagi extravaganza…. Tak sabar tunggu tahun depan. Sekarang ni kena focus utk ke KOREA pula.. ^_^

…………………………………………………………
“Walau apapun terjadi, Aku percaya, Allah bersamaku…” World peace..! ^^