Sunday 21 July 2013

Buah hati.


Bismillah.

Alhamdulillah. Bulan ni genap 2 bulan aku bergelar isteri. 2 bulan ni juga lah, perkenalan kami yang sebenar. Orang kata, tempoh 5 tahun yang pertama adalah tempoh untuk mengenali pasangan kita yang sebenar. Lama tuu. Jadi, perjalanan kami untuk mengenali hati budi masing-masing masih panjang.. Chewahh.

Kalau berkahwin, kita baru kenal siapa sebenarnya pasangan kita. Jika ada yang bercinta atau bertunang lama sekalipun, tetap tak kan sama dengan kehidupan selepas berkahwin.  Serius berbeza.

Saya, Isteri kepada Azrul Aminurashid Bin Amdan. Entry kali ni nak cerita tentang abang je. Jangan pula korang rasa loya. Hikhik. Time nak buat entry ni, habis aku korek-korek gambar abg yang dulu. Nasib abg simpan kt FB abg je.








Ni gambar abg time zaman remaja dulu kat sekolah menengah. Bila abg tunjuk gambar ni, nak tergelak aku tengok. Jambu juga husband aku ni time muda-muda dulu. Hahah. Rasa-rasa cik azrul yang mana satu? Cuba teka.

Haa, ni la dia mamat jambu yang sekarang adalah suami aku. Hahah. Jambu kan? *jangan marah bang*


Abg minat sangat nasyid. Kat rumah, dalam kereta, atau tengah berjalan kaki pun abg akan menyanyi-nyanyi. Rupanya, dari zaman sekolah abg join geng nasyid.  Cuba tengok gambar kat bawah ni. 

Ha, cute kan? Time ni, abg tingkatan 2. Masih slim lagi.


Bila masa berlalu, usia abg meningkat bersama dengan habit abg yang suka makan, maka saiz badan abg pun semakin mengembang. -.- 

Tengah khusyuk makan sup gear box. Habit abang dulu : makan. :)


Ni time abg masuk pertandingan nasyid antara sekolah menengah peringkat antarabangsa. Badan abg macam belon dahh.   -__-


 Gambar ni time berat abg 135kg. *astagfirulahal'azim..beratnya. -.-


Alhamdulillah, abg dipertemukan dgn Herbalife dan paling penting terbuka hati nak makan Herbalife scr serius. Kenapa sebut "plg penting terbuka hati nak makan Herbalife"? Sebab, ramai yg dipertemukan dgn Herbalife. Tapi tak ramai yang terbuka hati nak consume Herbalife, scr SERIUS.  Keep story short, abg lose 50kg in 10 month!! *drop jaww*



Gambar atas tu turun tang badan. Rupanya, Herbalife boleh shaping muka skali lah. Eh



First love aku adalah abang. *abang kena rasa bangga la kan. Heee*

Secara luaran, aku nampak lembut *ini hakikat, bukan kes perasan tau*. Tapi dalaman, aku keras orangnya. Adik-beradik aku kata, aku garang. -__-' So no way, lelaki lain boleh dekat. Aku selalu dengar yang aku ni boring kalau nak hang out sma-sama. So, ofkos la aku tak pernah couple sebelum ni.  Lagipun couple tu HARAM k. *sape yang tengah couple tu, insafff ya. Tak baik couple, Allah marah.*


COUPLE bukan pilihan.


Kalau ikutkan taste aku yang sebenar, aku  minat lelaki ala-ala orang cina.  Tak minat orang yang bermisai dan berjanggut.  Aku minat orang yang kurus sasa. Haaa, memang lain bebenor dengan abg. Ditakdirkan Allah dapat jodoh dgn abang yang ala-ala ustaz. Takda mirip lansung dengan lelaki ala-ala cina. -__- Sorry abang. Hee





Tapi sebenarnya Allah mendengar doaku.. Allah beri apa yang aku perlukan. Bukan apa yang aku nak. Taste yang ala-ala cina tu, untuk sedap mata memandang je. Hakikatnya, aku berdoa kepada Allah untuk mendapat suami yang penyayang, menghormati aku dan keluargaku, dapat membimbingku ke arah Allah & really hopeful he will join me to do Herbalife business. Not support, but JOIN me to do Herbalife.

Dulu selalu dengar yang perkahwinan akan buatkan kita lebih tenang.  Tapi fikir "yeke??". Tapi bila dah berkahwin ni, memang betul.  Pandangan mata jadi tak liar dan hati lebih tenteram.

He's not perfect. But he complete me.

Abang pun sebenarnya pelupa juga macam aku. Mencabar kalau dua-dua pelupa. Hahah. Abang penyayang, tapi dia tak manjakan aku tak tentu hala.  Contoh kalau aku macam terasa hati dengan seseorang atau marah dengan seseorang, abg takkan terus menangkan aku.  Dia akan kata, "Cuba kita muhasabah diri. Mungkin kita pernah buat orang lain, sebab tu Allah jadikan perkara ni berlaku kat kita." Ok, daripada rasa nak marah-marah, terus insaf kejap. -_-'

Antara contoh lain. Kat bazar ramadhan.

(1)
Me : 1 bekas RM10???  Mahalnya harga ikan patin masak tempoyak tu? *tak puas hati*
Abang : Harga ikan patin memang mahal. Kalau ikan patin sungai lagi mahal. 1 potong berharga berbelas-belas ringgit.
Me : Yaka abg? Oh, mahalnya.
Abg : Aah, sebab ikan patin susah nak dapat.
Me : Oh, patutla mahal. *angguk-angguk*

(2)
Me: Makin kecik la saiz ayam sambal tu.
Abg : Takpa, ambil la 2 ayam.
Me : Tak nak la, mahal abg. Kenapa la saiz ayam tu makin kecik, semalam saiznya besar lagi.
Abg : Harga ayam dah naik, syg. bukan senang peniaga nak survive dlm keadaan harga barang turun naik. Kalau rasa mahal dan tak berbaloi dgn saiz, takpa, kita niat sedekah. ok syg? *usap-usap kepala aku*
Me : Ohh, baik abg.

(Dari rasa nak marah-marah, terus tak jadi.)


Sapa kenal cik azrul ni, mesti tahu dia lembut. *tapi bukan lembut yang awww tu k*. Tapi tak ramai tau, abg tegas sebenarnya. Tegas dalam lembut.

Kalau bab mengemas rumah, abg memang power. Kalau orang nak upah abang jadi bibik, memang kena bayar mahal la. Sebab abg memang cekap. Hihi. Abg tak pandai drive kereta. Aku pula tak pandai masak & kemas rumah sangat. Kira adil lah tu. Hee

Habis dah cerita ttg buah hatiku.  Nanti dalam entry lain, aku cerita tentang 
how we met.

He's not perfect. But he complete me.





1 comment: