Tuesday, 27 September 2011

Phone rosak = i'm dead.

Geramnya hari ni..  #%@&*#+"%@*..



Suma benda buat hari ni rasa mcm ada je yang tak kena. Hari ni takda bad thing pun yg berlaku, tp sbb phone problem, aku jadi bad mood.. 


*bukan gambar sebenar*
tp apa2 pun, Alhamdulillah.. hari ni takda org yg cari pasal, kalu tak, rasa dah hangin satu badan ni.

Masalahnya 1 je, tp effect dari tak boleh buat call n reply msg ni sgt la besar.

Msg dari
1) emak
2) kawan course
3) customer
4) downline
5) etc

*tgh tarik nafas*  Sabar...


Tebal dah muka ni, asyik pinjam org lain pnya kredit utk call n balas msg. Rasanya, dah lbh 10 org kot aku pinjam..

Sebenarnya, bukan phone yg rosak, tp line CElcom.. Bil telefon bru smpi umah beberapa hari lepas. Ingt nak bayar mggu ni. Tp tup, tup, celcom potong line.. -.-"  haish, sabar je la..

Tapi, aku tak boleh cepat melatah sbb perkara kecik mcm ni. kena sabar, sabar dan sabarrr...



Ya Allah ya Tuhan kami, permudahkanlah kerja kami dan berilah kami kekuatan utk bekerja dgn ikhlas.. amin..

oke, skrg nak sambung buat assignment blk. malam ni nak g booth.  

baibai. 






Thursday, 15 September 2011

Sedih. Tapi harus bangun semula!

Sedih. Tapi harus bangun semula! 

Bismillah. 

6.21pm [15 sept 2011]

Today, all qualifier HL distributors were gone! sebab diaorang telah berlepas ke HL University.. kat KOREA. Tapi aku.. tertinggal kt Malaysia.. Seriously,  Nak, nak, nak, naaaaak sangat pergi KOREA.. tapi Allah lebih tahu mana yang terbaik utk ku..

Aku tak boleh salahkan orang lain. Semuanya, berbalik pada diriku sendiri. CUKUP KE USAHA AKU SELAMA NI? Mulut dan hati kata nak, tapi takda tindakan yang consistent. So, how it can works?

 It’s I.M.P.O.S.S.I.B.L.E. 

Semalam, ada HOM kt akademi bangi. Bila aku dapat tahu, yang Kak soleha dah jadi World Team (siapa yg bukan HL distributor mst tak faham. World Team is next level after being Supervisor. Range payment is rm3000-5000) Bila dapat tahu je, memang rasa TERSENTAK.
Dia start join HL sama masa dgn aku. dan setahu aku, progress dia lebih lambat. But, everything was reversed. Sekarang yang progresnya lambat, adalah aku.

You don't always get what you wish for, you get what you work for.

Lepas balik dari Shanghai, I was a bit lost. As I said in previous article, my team is growing but, my personal volume is ZERO! It’s frustrated..

balik aje dari kelas Engineering Management tadi. Memang terus balik ke kolej. ada kesempatan, aku try pitching orang, termasuklah makcik cafe. owner cafe. so, macam biasa, kalu orang yang dah berumur ni. diaorang ada attitude "I Know Everything". 1 yang aku cakap, 100 yang dia balas. Takpa, SABAR... dia berminat, tapi cara dia memang langgar etika HL. and of course, aku tolak cadangan dia. minta maaf lah, sy nak stay lama dalam HL.

kalau tak ikut etika, memang kita akan untung. tapi..

1) tak berkat. Allah marah. 
2) ala, untung sikit aje. kalu ikut etika, insyaAllah rezeki melimpah ruah. 
3) We're the leaders! anything yg kita buat sekarang, akan diduplicate oleh our distributors. 
so, you need to be what you want others to be! 
2) kita takkan lama dalam HL. Yelah, kalau buat benda yg tak baik ni, apa2 sekalipun, takkan kekal lama.

oke, continue blk. Sampai bilik, dengan hati yg luka (chewwah!) sbb teringatkan KOREA, aku bukalah majalah TODAY ( majalah HL). aku baca satu2. SubhanAllah... Banyak yg boleh aku dapat dari majalah yg nipis tu. 34 page aje. 
Seriously, inspired by those people. Kim Tae Ho and Leslie Standford. they're the real leaders.

benda yang dah lepas tu, biarkan lepas. let by gone, be by gone.. Kisah KOREA dah tamat. Sekarang, start cerita ttg Carribean Cruise, Active Supervisor Retreat dan APAC Vacation pulak. Tahun depan, kat Osaka, Jepun. Nak pergi, nak pergi...! 

jom doa sama2.. 
Ya Allah, permudahkan dan lancarkanlah usaha2 kami dan team2 kami untuk mencapai semua yg kami hajati.. Berikanlah kami kekuatan untuk bekerja dengan ikhlas.. 
AMIN..

Oke, done! ^.^


Tuesday, 6 September 2011

Starting from Zero again.

Pejam celik, pejam celik, dah 1 bulan lebih ku meninggalkan Shanghai, dan kembali ke Malaysia.

Everything is beautiful there.. I’ll come back again.

my beloved colleagues.. 

my beloved friends and housemate.. 


Oke, back to the topic. Walaupun dah 8 bulan dlm Herbalife, tapi, sebab 3 bulan ku bazir berada di Shanghai, so business jadi a bit freeze. Pelanggan ramai yg dah berhenti consume, sbb ku tak mem-follow up mrk. Yelah, namapun ada kt oversea lebih tepat lagi Negara China yg semuanya adalah restricted (Facebook, Twitter, Blog, Youtube, etc), cne nak follow up diaorang. =.=’

Kalu guna phone? Alamatnya, melambung la bil telefon.

Tapi, walaupun kt sana, Alhamdulillah, bulan Julai dapat gaji rm3520. Suma sebab my sponsor and upline yg 
bertungkus lumus work with my team. Terima kasih banyak, a.ijan dan lin. ^_^

aku ibarat memulakan segalanya dari mula. Walaupun bezanya dulu, berseorangan. Sekarang dah ada team sendiri. But, with zero customer.

… that’s 1 month ago, 1 week after come back from Shanghai. But, right now, Alhamdulillah, ramai orang yg nak sihat. Aku, hanya perlu tunjukkan jalan kpd mereka, Herbalife insyaAllah dapat ubah taraf kesihatan dan taraf hidup mereka.

Petang tadi, baru lepas beraya kat umah jiran, acik Enon yg merupakan 2nd customerku kt area rumah. Kawan mak. Orang dah berumur, so, sangat byk cabarannya. 1 yang aku cakap, 10 yg dia balas. =.=’
Alang2 beraya tu, ku timbang dia skali. Alhamdulillah, dalam masa 16 hari, dia dah turun 2.8 kg. Umur dalaman muda 7 tahun. Visceral fat turun dari 8 ke 7. I’m very happy. 1 lagi hamba Allah yg aku dah tolong utk jadi sihat. That’s the beauty in Herbalife. We help people who’re SERIOUS to change their life to become better and better than before.


Yes, I’m starting from the Zero. But, this is not the end. This just only the beginning, for the success.. 

Go! go! Cruise..

Tuesday, 24 May 2011

Extravaganza: A Journey, Shanghai to Bangkok

EXTRAVAGANZA..!
 
Extravaganza dah berlalu hampir 3 minggu. Tapi segala yang berlaku masih segar dalam ingatan. Bagi orang lain, event itu sendiri yang banyak memberi makna dan mempertemukan jawapan WHY kepada mereka. Tapi, lain bagiku..
Perjalanan menuju ke Bangkok dan hari-hari yang di lalui untuk aku menggerakkan hati dan kaki ke sanalah, yang menemukan aku dengan WHY ku..
WHY HERBALIFE, WHY ME, WHY NOW?
I’ve found my WHY… ALHAMDULILLAH…
 Perjalanan dan detik ke Bangkok
Beberapa hari sebelum ke Bangkok, memang tak dapat tidur dengan lena. Terbangun pukul 3 pagi, dan tak dapat nak lelapkan mata semula.  Risau..
Waktu tu, baru aje beberapa hari sampai kat Shanghai.  Jadi, lost contact dengan orang kat Malaysia. Facebook, blog, twitter, semua restricted kat sini. Memang tak tau apa2 detail ttg event tu. Banyak benda yang aku fikirkan..
Hotel kat mana? dekat ke tidak hotel dengan airport? kat airport nanti takda siapa yang akan jemput, Boleh sampai ke aku ni ke hotel tu?
Dan aku sememang rasa tak nak pergi Extravaganza tu. Biar aje tiket flight berharga rm1741 tu burn. Tapi, entahlah kenapa, Allah gerakkan hati ni, supaya berhenti berfikir ttg soalan yang merisaukan tadi..
Alhamdulillah, berjaya bisikkan pada diri sendiri,
“Teruskan hairi,teruskan.. yang lain, biar Allah yang uruskan..”
Ya, memang pergantunganku kepada Allah begitu menggunung waktu itu..
Hanya Allah sahaja yang tahu, tentang segalanya..
Aku, tak pernah ke tempat yang jauh tanpa ada teman. Tak pernah pergi ke Kuala Lumpur seorang diri. Tidak pernah meninggalkan rumah tanpa kebenaran ibubapa.
Tapi pertama kali, buat keputusan yang begitu sukar dalam hidup..  Sepanjang perjalanan, berdoa dan berdoa.. Moga Allah tunjukkan jalan dan jawapan kepadaku.
Adakah HERBALIFE  ini untuk ku..?
Habis aje waktu kerja, aku terus menuju ke airport.  Sampai ke airport, uruskan apa yang patut di sana. Sedihnya, barang Outer Nutrition yang baru aku beli waktu kat Malaysia kena rampas. Sebab, tak boleh bawa cecair.. T.T barang tu dah la mahal. Rasa geram kat security China.. Tapi, ye lah, diaorang buat kerja diaorang aje. Takpalah, sabar Hairi.. Masa ni, dah mula rasa tak sedap hati..
Then, dapat tahu flight delay.. Benda yang paling aku tak suka dan kurang sabar adalah bila ada yang tak  tepati masa dan tepati janji. Takpa, sabar sabar…
Naik aje flight, ingat nak rehat, tapi orang di sebelah tempat duduk, sangat sangat peramah.. T.T         Jadi, tak mungkin lah dapat melelapkan mata.. Takpa, layan aje dia.. Sabar Hairi…
Sampai kat airport Suvarnabhumi, Bangkok terus cari teksi. Alhamdulillah, dapat jumpa teksi. Tapi yang tak bestnya, driver tu tak tahu cakap BI..
Nasib baik, ada buat sikit preparation waktu kat Shanghai. So, driver tu tau kat mana Bangkok Palace Hotel. Alhamdulillah…
Dalam teksi tu, sepanjang perjalanan, aku diam aje.. Sebab, tak tau nak cakap ape. Nak cakap, dia tak faham. Lama perjalanannya. Aku dah start risau, meter harga semakin naik, tapi masih tak sampai-sampai lagi. Di bawanya aku ikut jalan-jalan kecil.
“Ya Tuhan, betul ke tidak pak cik driver ni? Baik ke jahat pak cik ni?”
“Permudahkanlah urusanku, wahai Yang Maha Berkuasa”..
Syukur…  Akhirnya, sampai juga kat Bangkok Palace Hotel ni.. Kesian pak cik tu, aku fikir dia orang jahat. Maaflah pak cik.. terima kasih pak cik, bawa saya sampai ke hotel dengan selamat.. Moga Allah memberkati pak cik.. ^^
Keluar dari teksi..
Ternampak 2 ekor anjing.. MasyaAllah, kenapa lah pula ada anjing kat sini? apa nak buat ni? Sekor anjing ni, aku pandang dia, dia pandang aku. aku jalan laju sikit, dia pun ikut jalan sikit. Aku jalan laju banyak, dia pun ikut jalan laju banyak. 
Aku buka langkah seribu. Nasib baik, ada botol air kat tangan, jadi aku baling kat anjing tu. Alhamdulillah, dia dah tak kejar lagi.. Kasut habis basah lencun, sebab tempat parking tu agak banjir. Jam menunjukkan pukul 3.05am. Tak pernah dibuat, aku duduk kat luar waktu ni, kalu emak tau, mahu aku kena hambat dgn kayu..
Macammana aku nak masuk ke hotel ni? Cuba cari jalan.. Aku ke hulu ke hilir cari pintu masuk yang lain. Sebab anjing tu duduk kat pintu masuk utama..  Oh, Dah jumpa pintu masuk yang lain..! Alhamdulillah.. Tapi, anjing yang kejar ku tadi, ternampak kelibatku, dan nak kejar lagi. Jadi, cepat2 ku, undurkan langkah kaki..
Ya Allah, takutnya .. Air mata mula bergenang di kelopak mata.. Sedih, risau, takut, penat, semuanya bercampur baur..
“Aku kena, kuat..! Sikit lagi Hairi..”
“ Wahai Tuhan yang aku sembah, permudahkanlah segalanya.. Aku percayakan Allah, dan tahu Engkau bersamaku..” 
Mengucap aku di dalam hati..  Air mata masih mengalir..
Alhamdulillah, anjing yang kejar ku tadi, entah ke mana, dan anjing yang satu lagi, tak perasan tentang kedatangan ku. Berlari-lari anak ku masuk ke dalam lobby hotel. Aku rasa sangat sangat bersyukur. Ku  kesatkan sisa air mata yang tinggal..
Jam waktu tu menunjukkan pukul 3.45am. Sangat letih. Satu persatu nama aku sebutkan kepada pekerja kaunter hotel tu, tapi tiada satu pun yang namanya ada dalam senarai. Bilik dan orang herbalife berterabur..
Jam, sudah pukul 4.00am.. Alhamdulillah, terjumpa nama Mak Yang dalam list.. Pendekkan cerita, dapatlah aku bermalam selama kurang dari 1jam..
7-8 May 2011 :
Pagi tu, mataku macam orang tak tidur sebulan. Bengkak dan nampak lesu. Mungkin kesan dari keletihan dan menangis malam tadi..
 Sampai kat lobby, aku lihat ramai orang HERBALIFE yg bersiap2 untuk ke event. Tapi, semuanya orang yg aku tak kenal.
“Mana lin, dengan a.ijan ni?” Gumam diriku..
Tak lama lepas tu, aku nampak dari jauh kelibat sekumpulan orang yang aku kenali.
“Lin! Fiza! A.ijan!” Jeritku.
Rasa macam nak menangis bila Lin peluk.. Rasa sangat sangat LEGA… ALHAMDULILLAH…
Sepanjang event hari sabtu tu, aku asyik menguap aje. Aku cuba untuk fokus, tapi tak dapat. Rasa kelakar pulak bila teringat kat a.ijan, uplineku. Dia asyik datang tanya, hairi ok ke? Lapar tak? Nak makanan? Rasa rindu kat lin, fiza, a.ijan, kak ika, a.rudi dan semua.. Sayang orang HERBALIFE.. dan Sayang Herbalife..
Ya Allah, permudahkan dan lancarkanlah urusan upline, sideline, dan downline kami untuk mencapai target-target kami dalam herbalife.. Amin..
Walaupun tak banyak info yang aku dapat dari speaker2, tapi ada satu speaker  yang buat aku rasa kuat untuk terus berlari dalam Herbalife ni. Mereka adalah Mr and Mrs Kim.
Info yang pendek tapi padat, dan cukup membakar semangatku.  Terngiang-ngiang kata2 Mrs Kim di cuping telinga.
“The first 2 year we started doing HERBALIFE is the hardest year for us. We started with nothing.. I always scared, and cannot sleep at night. When my husband decide to be a SUPERVISOR, I’m really worried,
“Can we do it? We don’t know how to speak English, we don’t know the marketing, etc. “
We know nothing, but we only know about 1 thing. That the product works. And, that’s the reason why we believe in our self and keep on going. “
Mrs Kim menangis waktu itu. Begitu juga aku.. T.T
Rasa nak pergi lagi extravaganza…. Tak sabar tunggu tahun depan. Sekarang ni kena focus utk ke KOREA pula.. ^_^

…………………………………………………………
“Walau apapun terjadi, Aku percaya, Allah bersamaku…” World peace..! ^^





Monday, 23 May 2011

Shanghai : Marriage and Love

Hidup di negara asing seorang diri membuatkan ku terfikir tentang banyak perkara.. Tentang kehidupan,  Islam, dan juga perkahwinan (sesuatu yang tidak pernah ku fikirkan dgn serius sebelum ni)..
Genap sudah 3 minggu ku menapak di bumi Shanghai. Walaupun hanya 3 minggu, tapi banyak perkara yang telah berlaku..Happy and also sad things..  dan banyak perkara yang ku pelajari, yang mana ia tak mungkin aku pelajari di Malaysia..
Finally, I can understand why many Muslim change drastically after they living in abroad, especially for long period of time.  For Muslim to survive in non-Muslim country is quite hard. Especially, woman.  Wearing a veil is a weird thing here. People keep staring at you, wherever you go and whatever you do. It’s not comfortable, but as time passed by, I already get use to it.
Hidup di tempat yang tiada seorang pun yang mengenali kita, tiada orang yang akan tegur kesalahan kita, tiada sesiapa yang akan masuk campur urusan kita, sebenarnya akan menguji tahap keimanan kita sebagai seorang Islam.  And the real person in you, will appear..
My beloved officemate keep asking,
“Why you keep wearing the veil?”
“Aren’t you feeling hot?”
“When you’ll open it?”
“Why you don’t eat pork?”
And there’s some funny question coming from them:
“Can we touch you?” T.T ( rasa macam nak nangis, nak ketawa pun ada waktu diaorang tanya soalan ni)
Banyak sangat benda nak ku ceritakan, tapi kena cerita satu-satu.  Internet kat apartment ni, macam biskut, kejap ada, kejap takda. So, ada banyak masa untuk menulis.
Banyak perbezaan antara Shanghai dan Malaysia. Tapi bukan itu yg nak ku ceritakan sekarang. Akan diceritakan lain kali ek.
2 minggu lepas, pertama kali jumpa masjid kt sini. Aku sangat lah excited sebab dapat jumpa orang Islam dan ecxited sbb toilet dia.
1ST time ada air dalam toilet! ^^ Rasa nak buat khemah aje kat situ.
Hidup seorang diri di negara asing tanpa mahram agak sukar bagi seorang perempuan Muslim. Maybe it’s ok for guy, but I think, it’s not that ok for a woman. Patutlah, Islam tak membenarkan seorang perempuan pergi ke mana-mana tanpa ada mahram. Mungkin inilah sebabnya. Baru aku faham.. 
Inilah sebab dan juga permulaan, kenapa aku mula berfikir tentang perkahwinan..
 Marriage?

Love?
It confusing..
Never thought, that I’ll think bout this things one day.. Mungkin, masanya sudah sampai.. haha..^^
I thought, I can survive anywhere, without any worries. As long as, I keep think things positively, everything will be just fine. But, when time become really hard for me, I found that I need someone that I can rely on.. Of course, no couple.  the right answer is marriage.. Cara yang halal untuk ku depend on someone. Tapi siapa? Perkahwinan, bukan something yang boleh dipertimbangkan dalam sehari dua. Nampaknya kena usulkan kat mak ayah ni. Minta mereka carikan.. haha, tapi kalu tak berkenan macam mana? Em, kena solat istikharah ni..
Moga Allah dapat pertemukan dan jodohkanku dengan orang yang dapat bersama-samaku memperjuangkan Islam, menyayangi dan menghormati ku dan keluargaku, dapat menerima segala kelemahan diriku & join me to do Herbalife business.. Dan aku, akan jadi teman yang setia buat dirinya..



Friday, 15 April 2011

Perjalanan mengenali Allah..


My childhood is bit different from others.. I don't like to play with my peers. I'm not that close with my siblings, since they're all boys. Also, our interest is different. They seriously like to watch cartoons and drawing. but, I don't like to watch cartoons at all. I'll fall asleep when I watch cartoons. Imagine, 6-7 years old kid keep yawning and fall asleep after 10 minutes watching cartoons. 



So, I end up playing around by myself rather than playing with them. Budak lelaki kalau main, kasar.. =.=' Ohho, I love to watch TV and listens to the songs. sad songs. TV is my best best friend. Radio @ mp3 is like my boyfriend.. ^^ Whoever know me, will know that. I'm crazy over songs..! 6 earphones broke in just 1 semester. +_+

Others, express their feelings with crying loudly, tell story to their parents, sharing their thought with their friends and siblings. but, for me, I don't know how to express my feelings. So, I started to express my feelings through writing. Once, I write to my mom a letter. Letter of rebellion when I was in primary school. Cool ha..

Don't know where I should start first. but, what I can say is that, I loved going to school more than staying at home. Not because I have lots of friends there, but because of the teachers. Teachers are very tender, kind, take good care of me, have faith in me, listen to each of my word and respect my opinion.. 

 When I was young, I learn that this world is full with hatred, oppression. I used to hate this world. Why such a young kid would have a thought like this? 
Everything has a reason. and that reasons cannot be describe in words. 

*A crisis in family*

Understand a bit what I wanna say? You don't? 
Oh, I cannot elaborate everything. (@_@) 
Only those people who go through this kind of situation will understand. 

But, whatever had happen, I still feel grateful. Thank You Allah. 

Aku mengenali Allah dengan lebih dalam sewaktu bersekolah di SEMASHUR. Dan perjalananku sebagai seorang Islam yang lebih sempurna bermula di sini. 

 

Perform my 1st Tarawikh prayer.
Understand that I need to perform prayer 5 days in a day, istiqamah..
Learn how to recite tasbih kifarah.
Pertama kali solat berjemaah..
and what is more important,
Realize how much love and care that Allah give to us.. T.T

Yes, seriously.. My thought about world, change bit by bit.. This world is not that ugly, like what I was imagined.

At first, I thought that Allah hates me, that's why He gave me go through this kind of situation.. but, later on, I realize that, Allah loves me.. that's why He plan things to happen like this. 

If He don't put me in this kind of situation, I'll be just like other people.

Couple before marriage.
Watching movies at the cinema.
Hanging out at night with no purpose.
Wearing tight and exposed clothes.
Don’t know how to be grateful, although it just small good things happen.
Don’t know how to appreciate those who are kind to you.
Etc..

Don't be sad when God test you and give you such hard time. Actually its for your benefit. He loves you... more than other people in this world.. 

Have faith in HIM.. 
and just LOVE HIM...