Friday, 28 February 2014

My Favourite Man.



Bismillah.

[27 Februari 2014] 

Currently writing this entry dengan air mata yang menitik-nitik.. Esok, 28 Februari 2014 abang akan berangkat ke Filifina bersama dgn kawan2 Herbalife yang lain untuk belajar ilmu Nutrition Club.  Yang lebih specifiknya adalah untuk menuntut ilmu tentang bagaimana Herbalife di Philiphines grow like crazy after flat for almost 10 years.  There must be something in Philiphines, and we believe we can apply it and make us grow.  Boleh je kami decide untuk tak pergi, tapi kami NAK SANGAT tukar level dan paling penting, kami ingin team kami grow.  Leaders in Herbalife selalu kata, nak achieve something yang tak pernah kami ada, we have to sacrifice many things.. Jadi, ini adalah antara pengorbanan yang perlu dilakukan.  Abang akan berada di sana selama 12 hari.. :'( First time berjauhan dengan abang dalam jangka masa yang agak lama. Bila terfikir je tentang perkara ni, mesti akan menangis. Seriously, cannot imagine what kind of life I will go through without him by my side.. 

He expressed his love more often than me.  He's my first love, my BEST BEST BEST FRIEND, my protector, my counsellor, my imam and my everything.. SubhanAllah. Betapa dalamnya perasaan kasih yang Allah cambahkan dalam hati kami. Sedangkan kami baru berkenal-kenalan selama 10 bulan (bernikah 10 bulan).


Orang kata 5 tahun pertama adalah sesi perkenalan dalam perkahwinan. Lama tuh! And we already got married for almost 10 months.  Still have longgggg way to go. Heheh. 2 bulan lagi nak sambut our 1st anniversary! Dan tinggal lagi 2 bulan jugak nak menyambut cahaya mata kami yang pertama. *counting days* Time flies so fast!  Terasa bagai baru kenal abang semalam, tapi harini aku dah jadi mak buyong yang pregnant 7 bulan 2 minggu. SubhanAllah, Allhamdulillah. :')



10 months already past. Aku adalah anak yang memang tak di manjakan oleh parents, tapi lepas hidup dengan abang, abang manjakan aku. Rasa tak biasa pulak. Acece ♥.  Ia adalah saat2 yang paling bahagia sepanjang aku hidup selama 25 tahun ni. 

Teringat kata2 Prof Muhaya,

 "Kebahagiaan sebenar untuk seorang wanita bukanlah terletak pada kerjaya atau pendidikan yang tinggi. Tetapi jika seorang wanita mempunyai seorang suami yang soleh dan baik, itulah kebahagiaan yang sebenarnya.."

And it's true..



 

Dulu time bujang, selalu wonder siapa yang bakal jadi suami aku? Perempuan bujang selalu ada imaginasi ni, kannnn. Hehe. Perkenalan kami agak singkat.  Dalam banyak2 lelaki kat Malaysia, aku ditakdirkan bernikah dengan abang. Alhamdulillah, Allah lancarkan segala urusan. :) 


I really respect and adore him.  Aku tak pernah dengar abang cakap bad things tentang orang lain dan susah nak nampak abang naik marah, walaupun kadang2 ada orang yang "kurang ajaq" atau merendah2kan abang.  Aku pulak yang naik angin bila nampak orang lain biadap dengan abang.  Well, we do Herbalife business. Jadi kami berhadapan dengan bermacam-macam ragam manusia. Aku selalu dengar, kalau nak tengok sifat sebenar seseorang, tengok dalam keadaan dia tengah marah.  Bila kami berhadapan dengan situasi yang memang membuatkan mana2 manusia normal marah dan confirm la aku pun marah, tapi abang tak marah.. SubhanAllah.  Boleh tak inspired dengan suami sendiri disebabkan benda ni. *toink toink*

Tapi aku memang doa, tak nak tengok abang marah. Takkan nak cari nahas weyhhhhh. Hahah.  Aku jenis cepat marah, syukur suami tak macam aku. Kalau tak, entah jadi apa kat rumah nanti. -__-"  I learned on how to become a good daughter.  Abang adalah anak yang sangat baik pada ibubapa.  Untung sangat mak aku sebab dapat menantu macam abang. Heheh.

He's sooo gentle and he respect me.  Ada ketika kami berhadapan situasi yang agak tegang *ofkos la kan.  Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.* Terutama bila aku pregnant ni, emosi tak stabil. Kejap happy, kejap moody, kejap sedih, kejap marah2.  Abang layannnkan je la. Hahah.  Masa awal2 kawin bila aku moody dan marah2, abang agak risau dan tak tau macammana nak pujuk aku. But as time pass by, bila aku moody atau marah2 je, abang dah tahu macammana nak handle aku. Heheh. 

Ada ketika aku yang rasa nak marah sangat2, abang takkan balas balik. He will keep quiet and send me sms.. He wrote very soft word..  He lowered down his ego, for me.. Dan aku memang tak boleh nak marah lama2.  Terus muhasabah diri sendiri, pastu minta maaf balik. Cettt.


Antara yang paling aku sangat bersyukur adalah Allah bukan sahaja kurniakan aku seorang suami, tapi juga dikurniakan seorang sahabat baik. Sebelum Herbalife, even sekarang pun aku takda ramai kawan. Cuma sekarang better sikit la dari dulu. Dulu boleh kira dengan beberapa jari, siapa je kawan aku. Sekarang boleh kira dengan jari tangan tambah dengan jari kaki. 

Berbeza dengan aku, abg seorang yang sangat peramah dan ramaiiii kawan. He listened to every of my stories. Aku terkenal sebagai seorang yang tak pandai bercerita dan perkataan aku tonggang terbalik. Hahah. Contohnya, aku nak cerita tentang A-B-C-D-E-F. Aku start dengan A lepas tu terus D, kemudian balik semula ke B dan tetiba pulak ada kat F. C dan E hilang. Kalau orang lain, memang confirm2 tak faham dan malas nak dengar.  But he listened to every of my word, patiently. Dan dia boleh faham apa yang aku nak cerita sebenarnya. T_T He is one and the only one yang akan mudah faham apa aku nak sampaikan.


 


Abang takdela perfect pun. Dan aku tak mengharapkan dia jadi perfect, sebab aku pun banyak kekurangan. Teringat waktu awal2 kawin, abang tak pandai drive kereta. Aku pulak tak pandai masak. Haaa, kira adil la tu. Tapi sejak abg ada lesen ni, dia lebih cekap drive kereta berbanding aku.

Sebelum kahwin, abang macam tak ambil endah sangat pun dengan aku.  Semua benda dia biar aku buat sendiri.  Cari rumah untuk duduk lepas kahwin sendiri, fight untuk pin Get Team berseorangan, and almost everything by myself..  Mungkin sebab abang duduk jauh. Aku kat Kajang, abang kat Alor Setar.  Jumpa pun hanya di event Herbalife. Kadang2 1 bulan sekali, dan ada jugak 2-3 bulan sekali.. Aku tahu abang ambil berat tapi sebab kami takda ikatan lagi, jadi abang tak boleh nak tunjukkan 'caring' abang lagi. Chewah.

Tapi lepas dah berkahwin dan terutama bila aku dah pregnant, keadaaan kesihatan membataskan aku untuk bergerak aktif macam dulu.  And he almost do everything now.. Pergi booth, buat labour work, handle our team dan banyak lagi. MasyaAllah.

Again, I wanna say that, sepanjang 10 bulan ni adalah saat yang paling bahagia sepanjang aku hidup. MasyaAllah. Segala puji hanya bagi Mu, ya Allah..Moga Allah terus limpahkan rahmat dan kasih sayangNya terhadap kami dan terus semaikan kebahagiaan untuk kami sehingga ke syurga.. Aminn..
 
I love you abang, because of Allah..