Saturday 16 November 2013

Part Time Herbalife Coach : Student


Bismillah.


Semalam, income dari Herbalife masuk. Ramai yang gembira kesyukuran, termasuklah aku. Ofkos. *letup2 api*  Hampir 3 tahun aku buat business Herbalife, tak pernah Herbalife bayar lambat income distributor2. Alhamdulillah.




Aku tengok banyak tweet dari Herbalifer yang excited dapat income masing2.  Tweet2 diaorang ni menyebabkan aku terimbau kembali kenangan masa jadi student. Chewah. Student yang buat Herbalife secara part time.


Boleh dikatakan 90% yang buat Herbalife busines yang datangnya dari pelbagai jenis latar belakang bermula sebagai Part Timer dulu.  Itu yang terbaik.  Ada yang bekerja sebagai cikgu, guard, engineer, kontraktor dan paling famous adalah student. Aku juga bermula untuk buat Herbalife bisnes ketika student. Student kan selalu short duit bila dah nak akhir sem.  Aku dapat biasiswa daripada JPA (RM5500 untuk satu semester), tapi duit sentiasa tak cukup bila tiba akhir sem. Paling sakit, bila masuk semester baru, duit biasiswa masuk terlalu lambat. Terkapai2 nak survive kat UKM dulu.  Itu kes yang dapat biasiswa.  Kalau kes PTPTN, aku tak taulah macammana diaorang survive sepanjang sem. Sebab duit PTPTN sikit. 
Oppss. -__-  


*broke student*

Tapi sejak buat Herbalife, bila biasiswa lambat masuk pun cool je. Sebab duit Herbalife ada. Time part time dulu, average income  RM3000-5000 sebulan.  Alhamdulillah.

Ada student yang cari macam2 jalan untuk keluar dari masalah takda duit. Ada yang pilih jalan senang dgn minta pada mak ayah (which is tak boleh diterima akal lansung. Ada ke anak macam ni. Huh ). Ada yang berjimat cermat sangat dan ada yang start mencari kerja part time.  Sebab tula, ramai student end up buat Herbalife untuk dapat extra income. 

Ni antara tweet2 herbalife coach part time yang aku terbaca semalam. Ada lagi yang lain, tapi malas nak amik semua. Heheh.



 Buat Herbalife sesuka hati pun dapat RM2500 last month. Apekah? :O


Antara tweet yang membuatkan sejuk perut ibu mengandung. Bayar yuran guna income dari Herbalife. MasyaAllah. 


*baca tweet dari bawah ke atas* 
Yang ni fadhlina halipah, aku panggil dia ina.  Aku pernah mention tentang ina dalam entry yang lepas2. Boleh baca entry ni. Hadiah Raya untuk ibubapa.  Dengan buat part time herbalife pun boleh kumpul duit utk hantar mak ayah pergi umrah. SubhanAllah. Anyone kat sini yang ada niat macam ina? Boleh tanya saya bagaimana. :D Yang penting, kena serius dan rajin. Kalau malas, say BYE-BYE laaa. 




Ummu ni pun dulu start jadi coach Herbalife ketika student juga. Sekarang dah jadi full time Herbalife coach. Last month income RM7,000. :) 


Mesti ada yang akan questioned, "Student je ke yang buat part time Herbalife?".  Well, as I mention before, yang start buat Herbalife bukan student je.  Banyak juga datang dari golongan yang bekerja, tapi mencari side income.  Yang ni, aku akan share dalam entry lain. Khas dari golongan bekerja yang start buat part time Herbalife, and success. 


Siapa yang really looking forward untuk cari extra income RM200 or more per week secara part time, you can come to see the opportunity in STS (our Preview Company).  Jangan cakap serius nak buat extra income, tapi tak nak datang STS. Itu tak make senses.  You have to come and see it by your own eyes.  Datang dan lihat.  Kalau sesuai dengan jiwa, then proceed utk start buat Herbalife secara part time. Kalau rasa tak sesuai, takpa.  At least you already know, what actually Herbalife is all about.  Bukan dengar daripada mulut orang lain.  Kan? :)

So, bila next STS?  Boleh contact daku untuk tahu lokasi dan STS yang terdekat. 



DO YOU WANT TO EARN EXTRA INCOME? WILLING TO COMMIT? 
RAJIN NAK KERJA KUAT? ASK ME HOW!!
019-3727805




Thursday 7 November 2013

Pengalaman mengandung : First Trimester


Bismillah.

Blog sunyi sepi, tup tup update entry mengandung. Takpala, mood menulis dah datang. :)

Alhamdulillah, dah 14 minggu pregnant. Tak sangka dah nak jadi mak orang. Rasa baru semalam, kenal nama abang.  We decide to have serious relationship which is marriage, after 1 week we know each other.  Aku garang. Kesian abang. -_-



Sepanjang 14 minggu ni, macam-macam pengalaman baru yang aku alami. Tak terbayang macammana jerih payah mak time mengandungkan kami 4 beradik.  Bila dah pregnant baru sedar, betapa besar pengorbanan seorang ibu.. 

Lain orang, lain pengalaman mengandung. Sepanjang 14 minggu, macam2 simptom yang kena. Aku bukan doktor, tapi aku just nak share macammana nak adapt semua tu dengan gunakan Herbalife product. Moga bermanfaat kepada semua. :)


BULAN PERTAMA 

LETIH :  Rasa letih walaupun hanya berjalan beberapa minit.  Kalau share testimoni kat depan pun boleh termengah2. Apakah? -_-

In fact, sepanjang 14 minggu pregnant takda hari yang tak letih.  Walaupun 2 minggu pertama, tak pergi cek doktor lagi, tapi dah boleh agak pregnant.  Sebab, seumur hidup ni tak pernah lagi badan rasa lemah sebegitu rupa.  Padahal tak demam pun.  Kena pula, time ni Raya Aidilfitri. Tak boleh nak duduk rehat, sebab asyik perlu ke dapur.  Dah jadi menantu orang, kena la ringan tulang walaupun tak larat. Kan. T_T

So, apa yang aku buat kalau letih?  Aku minum teamix + aloevera & banyak air putih. Kadang2 aku minum NRG.  Serius berkesan.  Kalau still rasa letih, means badan memang perlukan rehat.  Mungkin badan korang banyak bergerak.  Jadi, ambil masa utk rehat kejap.  Paksa badan untuk bekerja masa pregnant lain dgn masa perut tengah kosong.  Jangan paksa kalau tak larat.  Nanti jadi lain pulak. 

Teamix Herbalife : Berfungsi untuk beri tenaga, buang toksik dalam badan & dalam masa yg sama boleh kawal berat badan agar tak naik berat mendadak. All in ONE.


NRG tea :  Untuk tenaga dan tingkatkan kepekaan mental.  Sesuai untuk student dan orang yang kerjanya memandu.


SELERA MAKAN BESAR :  Perut asyik lapar. Setiap 2 jam nak makan.  Itu normal sebab orang pregnant cepat lapar.  Jangan tahan kalau orang pregnant nak makan. Kami boleh jadi harimau mengamuk tau, kalau tak dapat makan. Hahah. Jaga-jaga. 

Cepat lapar tu normal, tapi yang tak eloknya bila pilih utk makan makanan yang berkalori tinggi. Ni menyebabkan orang pregnant cepat naik berat badan.  TAPI, kenapa orang Herbalife selalunya berat tetap maintain time pregnant?  Sebab bila kami lapar, kami pilih utk minum shake.  Sedap, kenyang, rendah kalori, senang nak buat kat mana2 dan paling best, ambil masa 2 minit je nak siapkan! Bulan pertama abg selalu minum shake vanilla, jadinya aku pun minum shake vanilla jugak la. Sebab most of the time, abang yg buatkan shake utk aku. Heheh


BULAN KEDUA

MUAL & MUNTAH : Sama macam kes letih, takda hari yang tak mual. T_T  Pernah dengar word "morning sickness"?  Maksudnya, waktu pagi2 akan mual2 dan muntah.  Tapi kes aku lain sikit. Mual dan muntah tak kira masa. Suka hati je dia datang.  

Awal2 cuba hentikan rasa mual dgn makan asam. Tapi sampai satu tahap, makan asam pun tak jalan. Rasa mual menjadi2. Solutionnya, minum aloevera dan jangan biar perut lapar. Kalau travel atau ke mana2, pastikan sentiasa bawa makanan dan plastik muntah. 

Aloevera Herbalife yang rasanya masam boleh mengurangkan rasa mual. Berguna untuk masalah sembelit time pregnant dan berpantang.


KURANG SELERA MAKAN : Bulan pertama selera makan besar sangat. Masuk bulan kedua, terus takda selera nak makan.  Sebut perkataan "makan" pun, boleh rasa mual nak muntah.  Bila simptom ni terjadi, aku bagai berperang dgn baby dalam perut.  Perut lapar sebab baby nak makan, tapi masalahnya aku tak lalu nak makan.  Hidu bau makanan pun rasa nak muntah.  Sanggup tidur dalam keadaan kelaparan daripada makan.  Kalau terlalu lapar sehingga perut pedih, barulah last2 pilih utk minum shake. -_- Degil betul. 

Bulan kedua, shake vanilla yang biasa aku minum masa bulan pertama, dah tak boleh utk aku telan. Sebab berbau.  Jadi, shake Tropical Fruits jadi pilihan.  Alhamdulillah. 

Honestly, aku takda solution kalau terjadi simptom kurang selera makan.  Bila kenang balik, abg layankan je aku. Kesian kat abg.  Besar pahala suami yg bersusah payah menjaga keselesaan dan memenuhi keperluan isteri.  

Bak kata Mell, "A caring husband is the most wonderful thing sejak hari kita mengandung, suami  kita dah provide kita dengan keperluan yang secukupnya, ambil berat dan berikan kasih sayang selebihnya, diakhiri dengan perjuangan bersama-sama di labor room."







KERAP BUANG AIR KECIL : Yang mencabarnya ttg kerap buang air kecil ni, waktu event/training dan waktu malam. Tidur waktu malam jadi sangat tak berkualiti, sebab asyik ke toilet 4-5 kali. Boleh ting tong kepala, kalau setiap hari macam ni. Nasibbb kepala tak tingg tongg. Waktu Active World Team Herbalife University di Bangkok, punyala mencabar sebab asyik nak buang air kecil. Padahal minum air sikit je.  Nak masuk toilet, kena beratur punyala panjang sebab ada 7000 orang dalam hall tu.. T_T 

Normal berlaku kerap buang air kecil. Jangan sekat pengambilan air pulak, nanti dehydrated. 


MIGRAIN :  Aku paling tak suka kalau kena migrain. Migrain terlalu kerap terjadi sampai ada satu masa, terjadi migrain kronik yang menyebabkan aku menangis teresak-esak sebab sakit sangat. :'(  

Solutionnya, minum air putih cukup, rehat dan tidur.  Heee


 *gambar hiasan*


SEMBELIT : Aku pun tak faham. Selalunya, orang kena sembelit time pantang bukan time pregnant. Hahah. Masa kena sembelit, memang sakitnya Allah yang tahu. Perut rasa sakit memulas-mulas, tapi tak boleh nak keluar.  So, apa aku buat kalau kena sembelit? Aku minum aloevera.


BULAN KETIGA


Semua simptom di atas berlaku pada bulan ke-3.  Jadi, bersabarlah.  Untuk bakal2 ibu, banyakkan bersabar dan baca Quran terutama surah Maryam dan surah Yusuf. (peringatan utk diri sendiri)


.....................................................................................................................


Yang masih belum mempunyai anak, apatah lagi masih belum berkahwin, confirm tak berapa faham.  Walaupun cuba utk diselami perasaan tu.  Hargailah ibu anda.  Sebab tula, syurga di bawah kaki seorang ibu. 

“Surga itu dibawah telapak kaki ibu”. (HR. Ahmad, an-Nasaai, Ibn Maajah dan al-Hakim)




BERMINAT UNTUK
 IMPROVE KESIHATAN/TURUN BERAT BADAN
BOLEH HUBUNGI KAMI DI 0193727805 :)