Tuesday 4 September 2012

Ujian emosi. Ujian hati.


Bismillah.

Ini entry pertama untuk bulan September. 1st day in this month, sudah pun dimulai dgn ujian. Ujian emosi

Takkan dinamakan manusia normal kalau takda emosi. Dan takkan dinamakan manusia kalau takda dugaan. Ofkos. Nama pun manusia. Mana ada manusia yang tak diuji oleh Tuhannya. Takkan pernah ada. Selagi bernafas, selagi itu akan didatangkan ujian dari pelbagai jenis sudut yang kadang2 tak pernah terfikir dek akal.

Terluka dengan kawan. Terkilan dengan sikap pasangan. Sedih sebab tak dapat keputusan exam yang bagus. Marah sebab diri dimarahi oleh orang kat kaunter pembayaran secara tak tentu pasal. Geram sebab bil air kena potong (itu aku).



Macam2..

Same goes to business. Ofkos berguni2 ujian, cabaran & debaran. Satu demi satu ujian datang tanpa henti. Sehinggakan aku tidak dapat menyambut kedatangan ujian itu dengan baik. Selalu sangat, sambut ujian itu dengan air mata.

Doing business is about dealing with people. Part ni paling aku lemah. Jappp, maybe bukan paling lemah. Tapi,boleh dikatakan paling teruk. Sepanjang hidup aku membesar, boleh kira berapa kerat je kawan2 aku. Aku tak pandai dalam nak bina relationship, apatah lagi nak mulakan perbualan.. Tak reti. Tak pandai. And, I have my own reasons why. That reason make me wanna leave Malaysia after graduating from University. I hate everybody. That's why I dont wanna make friends. <-- teruk kan. yes, memang teruk.

Aku hanya ada seorang sahabat. sahabat sejati dari U smpi sekarang. Mariam Malek. gambar dirahsiakan. hehe. =D Aku namakan seseorang tu sahabat sejati, sebab namanya ada di dalam doa.... 
*sebak* rindu mariam..

Tapi, sejak join Herbalife, dah perlahan2 start untuk mulakan conversation dengan new people yang aku temui. Tak pandai. Suara perlahan. Tak confident. Kalau kena sergah atau di balas dengan suara tinggi, mau terkencing aku disitu. Balik bilik, nangis. Then, the next day do the same thing again.... 

emm, macam lari topik. Anyway,  luahan hati utk malam ni, terhenti di sini. Maafkan semua orang. & minta maaf dengan semua orang. I'm not a perfect person & I'm sorry for everything. 

Wassalam.